04 December 2011

...Allah SWT & epal...

assalamualaikum...

lewat pertemuan dengan kak D telah memecah kebuntuanku...

sungguhlah, aku yang kerdil masih tidak mampu merasakan ke'dekat'anNya...

peluang bersembang cabaran hidupku bersama kak D (manis,pahit,tawar,masam,masin - segala rempah asam garam yang menguji) - ada timbul kekusutan dalam mencari hikmah di sebalik setiap peristiwa...

iya, benar - aku yakin setiap perkara adalah yang terbaik...

kak D: liza, bila sebut epal, liza tau tak epal itu apa?

liza: tau...

kak D: epal itu apa?

liza: epal itu sejenis buah, ade kaler hijau, kaler merah and rase epallah...

kak D: haa, dapat rase kan?tak kesahlaa masam ke manis ke...pastu liza dapat bayangkan camne rupenye,bentuknye...walaupun...epal tu takde kat sini...takde kat depan mata ni...tapi...akak sebut je epal, liza tau kan epal itu apa?

liza: haah...taulaa epal itu apa...(dalam kepala tengah nampak epal)

kak D: ok sekarang...akak sebut Allah...siapa Allah? ape yang liza nampak?

liza: Allahuakbar...blank saya...

kak D: tapi kenape sebut epal, nampak epal? sebut Allah, blank?

liza: sebab liza kenal epal...

kak D: makanya, dah tau laa jawapannya...bile kenal epal, takde epal which is epal tu ghaib pun boleh nampak -sentiasa nampak hanya dengan sebut...so, lepas ni, cubelaa betul2 kenal Allah...dengan itu, bile sebut, akan nampak Allah...bukan saja2 sebut OK...

dari sini, bolehlaa disimpulkan Allah itu Maha Esa...Dia dekat dengan kite...cuma kite je yang tak betul2 nak rasai...tak sungguh2 nak kenal...

contoh mudah: asal jatuh je barang ataupun terlanggar dinding ataupun tersadung kaki, laju aje mulut tu melafazkan "Ya Allah"...tapi itu cuma lafaz di bibir...dah biasa diungkapkan - tiada roh di situ...

ayuhlah kita muhasabah diri...untuk nampak Allah...Allah memang nampak kite...

ambik pengajaran - selagi kite lagi senang nampak epal drpd nampak Allah, kite belum cukup kenal Allah lah tu...

wallahu a'lam...

terime kasih buat kak D atas perkongsian...

17 November 2011

...uSaH sOmbonG...

Entah di mana agaknya sekalian manusia meletakkan nilai Al-Quran yang agung?!!
Sampai boleh kalah dengan masa-masa yang lain. Bergembira guling-gulinglah syaitan mentertawakan anak cucu Adam ini...

Surah Al-A'raaf Ayat 27:
Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.

Nikmat belajar Al-Quran bukan sesuatu yang biasa-biasa...Ianya keWAJIBan...

Surah Faathir Ayat 15:
Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah, Dia-lah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.

Surah Toha Ayat 100:
Barangsiapa berpaling daripada Al-Quran, maka sesungguhnya ia akan memikul dosa yang besar di hari kiamat.

Allah tidak memerlukan kita, Islam juga tidak akan pernah rugi tanpa kita yang riak dan sombong dengan kehidupan dunia semata.


Surah Al-Isra' Ayat 37:
Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.

Makanya, apakah sebenarnya yang manusia cari? Sehingga membuatnya lalai?

Surah Ali 'Imran Ayat 14:
Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).

Apabila sampai seru untuk kita melakukan kebaikan, untuk mencari sedikit bekalan kehidupan (akhirat), tetapi kita tetap berdusta dan berkeras untuk terus dengan gaya hidup kita - apakah pendirian kita? Masih lagi mengisi masa tanpa tujuan dengan alasan belum bersedia untuk serius? Berilah ruang dan peluang untuk bermuhasabah.

Surah Al-Fatihah Ayat 6:
Tunjukilah kami ke jalan yang lurus.

Hampir setiap waktu kita mohon. Sudah semestinya sekurang-kurangnya 17 kali setiap ketika memenuhi tuntutan solat fardhu sehari semalam. Mengapa tidak terlihat pun jalan yang lurus ini?

Sebenarnya sudah banyak kali Allah makbulkan permintaan kita itu. Setiap kali datangnya ajakan teman ke arah kebaikan, setiap kali itulah Allah memakbulkan doa kita moga ditunjukkan jalan yang lurus. Tetapi, ada di antara kita yang menolak dan menolak lagi sehinggakan tidak lagi merasakan ianya petunjukNya. Adakah kita hendak terus berharap akan ada lagi ajakan ke arah kebaikan di masa akan datang? Adakah kebaikan itu akan terus mengejar kita?

Sampai bila kita mahu beralasan?

Renungilah kata-kata Imam Hasan Al-Basri:
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

Cuba dan berusahalah untuk tidak menilai dalam niat mencari ilmu kerana Allah. Ikuti dan renungilah pula kata-kata Saidina Ali r.a. :
Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan.


Berbalik kepada tajuk usah sombong -  wahai sahabatku sekalian, usahlah sombong untuk sama-sama kita melangkah meniti perjalanan jalan yang diredhai Allah - jalan yang satu - jalan yang lurus - insyaAllah...
------------------------------------------------------------------------
Kisah Sombong 1

"Tengoklah nanti camne.InsyaAllah."

Apabila tiba saat yang dijanjikan, sahabatku membatalkan di saat-saat akhir. Berulang-ulang kali. Ini memperlekehkan agama. Ini SOMBONG. Mampukah kamu menjawab kepadaNya?

Kisah Sombong 2

"Aku nak bagitau kau something.Seriously aku tanak dan takkan follow.Hope you understand."
Jawabku: Aku tidak rugi apa-apa.Aku faham kau belum bersedia.

Tetapi sahabatku, janganlah jawab tanak dan takkan tanpa asas - ini SOMBONG. Mampukah kamu membuat Dia faham?

Kisah Sombong 3

"Kau baru belajar sikit, banyak lagi yang kau tak tahu. Tak payahlah nak tunjuk terer, bukan semua orang boleh terima. Kau nak jadi baik, kau jadilah baik. Jangan libatkan orang lain, pandai-pandailah, kubur kan lain-lain."

Ini SOMBONG yang amat nyata. Sahabatku, manakah hilangnya sifat berkasih-sayang sesama Muslim? Islam itu kan saling ingat-mengingati.
-----------------------------------------------------------------------
Surah Yunus Ayat 72:
Jika kamu berpaling dari peringatanku, aku tidak meminta upah sedikitpun daripadamu. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah belaka, dan aku disuruh supaya aku termasuk golongan orang-orang yang berserah diri kepadaNya.

Surah Al-Furqan Ayat 57:
Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan mengharapkan kepatuhan orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya,"

Untuk itu, apakah amanah kita terhadap Allah?

Surah Yaasin Ayat 11:
Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mahu mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihatNya. Maka berilah mereka khabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia.

Surah Ad-Dzariyat Ayat 55:
Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

Wallahu a'lam...

07 November 2011

...aNuGeRaH...



kala malam bersihkan wajahnya dari bintang-bintang
dan mulai turun setetes air langit dari tubuhnya
tanpa sadar nikmatnya alam karena kuasa-Mu
yang takkan habis sampai di akhir waktu perjalanan ini

terima kasihku pada-Mu Tuhanku
tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
hanya Diri-Mu yang tahu besar rasa cintaku kepada-Mu
oh Tuhan, anugerah-Mu tak pernah berhenti selalu datang kepadaku
Tuhan semesta alam
dan satu janjiku takkan berpaling dari-Mu

terima kasihku Ya Allah
Tuhanku, anugerah-Mu...anugerah-Mu...
Tuhan, sisihkan semua aral melintang di hadapanku
dan buat terang seluruh jalan hidupku melangkah

terima kasihku pada-Mu Tuhanku
tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
hanya Diri-Mu yang tahu besar rasa cintaku kepada-Mu
anugerah-Mu tak pernah berhenti selalu datang kepadaku
Tuhan semesta alam
dan satu janjiku takkan berpaling dari-Mu

22 October 2011

...teKa-teKi imam aL-GhazaLi...

Pada suatu hari, imam aL-GhazaLi berkumpul bersama murid-muridnya lalu menanyakan teka-teki yang ringkas...

Soalan pertama imam aL-GhazaLi: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
murid 1: Orang tua
murid 2: Guru
murid 3: Teman
murid 4: Kaum kerabat

Jawapan imam aL-GhazaLi: Kesemua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ialah MATI. Sebab ia merupakan janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan MATI.

Surah Ali 'Imran Ayat 185:
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan MATI. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

Soalan kedua imam aL-GhazaLi: Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia ini?
murid 1: Negeri China
murid 2: Bulan
murid 3: Matahari
murid 4: Bintang

Jawapan imam aL-GhazaLi: Kesemua jawapan itu benar, tetapi yang paling jauh daripada diri kita di dunia ini ialah MASA LALU. Bagaimanapun keadaan diri kita, apapun kenderaan kita, namun diri kita tetap tidak akan dapat kembali ke MASA LALU. Oleh sebab itu, diri kita harus menjaga hari ini, memperhatikan hari esok serta hari-hari mendatang dengan perbuatan yang sesuai menurut ajaran agama.

Soalan ketiga imam aL-GhazaLi: Apakah yang paling besar di dunia ini?
murid 1: Gunung
murid 2: Matahari
murid 3: Bumi

Jawapan imam aL-GhazaLi: Kesemua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar di dunia ini ialah HAWA NAFSU.

Surah Al-A'raaf Ayat 179:
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam itu kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah; dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah; dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Maka, kita harus berhati-hati dengan HAWA NAFSU kita, jangan sampai ianya membawa kita ke neraka.

Soalan keempat imam aL-GhazaLi: Apakah yang paling berat di dunia ini?
murid 1: Baja
murid 2: Besi
murid 3: Gajah

Jawapan imam aL-GhazaLi: Kesemua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat di dunia ini ialah MEMEGANG AMANAH.

Surah Al-Ahzab Ayat 72:
Sesungguhnya Kami telah mengemukakan AMANAH kepada langit, bumi dan gunung-gunung; maka semuanya enggan untuk memikul AMANAH itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya; dan dipikullah AMANAH itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.

Tumbuh-tumbuhan, binatang hatta gunung sekalipun, semuanya tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah di dunia ini. Manusia dengan sombongnya (amat zalim dan amat bodoh) berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga kebanyakan manusia masuk ke neraka kerana gagal dalam MEMEGANG AMANAH.

Soalan kelima imam aL-GhazaLi: Apakah yang paling ringan di dunia ini?
murid 1: Kapas
murid 2: Angin
murid 3: Debu
murid 4: Daun

Jawapan imam aL-GhazaLi: Kesemua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan di dunia ini ialah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita meringankan MENINGGALKAN SOLAT.

Soalan keenam imam aL-GhazaLi: Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?
murid-murid menjawab serentak: Mata pedang

Jawapan imam aL-GhazaLi: Jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini ialah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Wallahu a'lam...

12 October 2011

...naSihat inDaH...

Perbualan Berharga Luqmanul Hakim dan anaknya

Anak: Wahai Ayah! Apakah perangai yang paling baik dari seorang manusia?
Luqmanul Hakim: AGAMA

Anak: Kalau perangai itu DUA?
Luqmanul Hakim: AGAMA dan HARTA

Anak: Kalau TIGA?
Luqmanul Hakim: AGAMA, HARTA dan MALU

Anak: Kalau EMPAT?
Luqmanul Hakim: AGAMA, HARTA, MALU dan BUDI PEKERTI YANG BAIK

Anak: Kalau perangai itu LIMA?
Luqmanul Hakim: AGAMA, HARTA, MALU, BUDI PEKERTI YANG BAIK dan PEMURAH

Anak: Kalau ENAM?
Luqmanul Hakim: Wahai anak kesayanganku! Kalau lima perangai itu terkumpul pada seseorang manusia, maka ia adalah orang yang SUCI, TERPELIHARA atau TAKWA kepada Allah, dilindungi olehNya dan bebas daripada syaitan
------------------------------------------------------------------------------
Nasihat indah Luqmanul Hakim kepada anaknya

Hai Anakku!
Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan.
Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan ini dengan sampan bernama takwa; isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.

Orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah.
Orang yang insaf & sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan Allah.

Hai Anakku!
Orang yang merasa dirinya hina & rendah di dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia tawadhuk kepadaNya, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepadaNya.

Hai Anakku!
Seandainya orang tuamu marah kepadamu kerana kesalahanmu, maka marahnya orang tua itu adalah bagai baja bagi tanam-tanaman.

Jauhkan dirimu dari berhutang! Kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam.

Selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu untuk tidak menderhakai Allah; takutlah Allah dengan sebenar-benar takut.

Hai Anakku!
Seorang pendusta akan segera hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang. Orang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar.

Hai Anakku!
Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada itu semua bilamana engkau mempunyai tetangga yang jahat.

Hai Anakku!
Bukanlah suatu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan seorang yang mencari kayu api, setelah banyak terkumpul, ia tidak kuat memikulnya padahal ia masih terus menambahnya.

Hai Anakku!
Bila engkau ingin menemukan kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura sehingga membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahannya itu, dia masih berusaha menginsafkan atau menyedarkan kamu, maka bolehlah dia engkau ambil sebagai kawan. Bilamana tidak demikian, berhati-hatilah engkau terhadapnya.

Hai Anakku!
Bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Sebaliknya dia yang mengharapkan sesuatu daripadamu.

Hai Anakku!
Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk, kotor serta kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan kemanfaatan bagi orang lain.

Barangsiapa yang menyayangi pasti akan disayangi. Orang yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun.

Hai Anakku!
Bergaul rapatlah dengan orang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya hati menjadi sejuk apabila mendengar nasihatnya, hiduplah hati dengan cahaya hikmah bagaikan tanah yang subur disirami air hujan.

Hai Anakku!
Ambillah harta dunia sekadar keperluan dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekal akhiratmu. Jangan engkau menolak dunia kerana nanti engkau menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya jangan engkau peluk dunia dan meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.
-----------------------------------------------------------------------------
Wasiat Nabi Khidir a.s. kepada Nabi Musa a.s.

Jadilah kamu orang yang bermanfaat, bukan orang yang menimbulkan kerosakan.

Jadilah kamu orang peramah, bukan orang pemarah.

Kembalilah bersungguh-sungguh dan janganlah berjalan tanpa sesuatu keperluan.

Janganlah tertawa kecuali pada sesuatu yang menghairankan.

Hai Musa!
Sesungguhnya semua manusia di dunia ini adalah sengsara sesuai dengan cita-citanya. Semoga Allah memudahkan kepadamu untuk taat kepadaNya.

Wahai pencari ilmu!
Sesungguhnya orang yang berkata-kata lebih bosan dibandingkan dengan orang yang mendengar; janganlah kamu duduk bersamanya ketika berbincang-bincang.

Ketahuilah sesungguhnya hatimu ibarat bejana, maka lihatlah apa yang akan mengisi bejana itu.

Bersenang-senanglah kamu di dunia dan terlena kamu kerananya, maka sesungguhnya dunia bukanlah rumahmu dan bukan tempat abadimu. Jadikan dunia itu sebagai tempat menghambakan diri dan mencari bekal untuk hari akhir. Latihlah dirimu untuk bersabar dan ikhlaslah kamu dari dosa.

Wahai Musa!
Akan sampai kepadamu jikalau kamu menginginkannya, kerana sesungguhnya ilmu itu bagi orang yang menginginkannya.

Janganlah kamu menjadinya ilmu untuk berkata sesuatu tanpa tujuan, kerana sesungguhnya banyak berkata adalah dibenci dan tanda orang yang kurang akalnya.

Jadikanlah dirimu orang yang menyederhanakan kata, kerana itu sebahagian daripada taufiq kebenaran.

Berpalinglah kamu dari orang yang bodoh dan jangan berkawan dengannya. Bersabarlah terhadap orang yang bodoh itu; kerana itulah akhlak ahli hikmah. Apabila dimaki orang jahil, maka sabar dan diamlah; itulah yang paling baik.

Hai Anak Imran!
Janganlah kamu melihat sesungguhnya kamu diberi ilmu, kecuali hanya sedikit.

Wahai Anak Imran!
Janganlah kamu membuka pintu tanpa mengetahui bagaimana menutupnya dan menutupnya tanpa tahu cara membukanya.

Wahai Musa!
Belajarlah sesuatu untuk kamu amalkan. Dan janganlah kamu belajar ilmu hanya untuk bicara sahaja. Jadilah kamu takut akan hal itu.

Wahai Putera Imran!
Jadikan sifat zuhud dan takwa sebagai pakaianmu, ilmu dan zikir sebagai ucapanmu. Perbanyaklah berbuat kebaikan, kerana sesungguhnya hal itu akan menghapus keburukan.


Goncangkan hatimu dengan sifat takut, maka sesungguhnya perbuatan itu akan menjadikan redha Tuhanmu. 


Berbuatlah kebaikan kerana sesungguhnya hal itu tidak mungkin kamu lakukan dalam keadaan yang sama.


Wallahu a'lam...

07 October 2011

...rahmat Allah buat umat terbaik - umat Muhammad s.a.w...

bismillahirrahmanirrahim...

Mengenai rahmat Allah yang melingkupi segala sesuatu ditetapkanNya bagi orang-orang yang bertakwa, orang-orang yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada kalamullah (Al-Quran). Mereka adalah orang-orang yang mengikuti Rasul, Nabi yang ummi. Ini dijelaskan lagi melalui sebuah hadis Rasulullah s.a.w.:

Setelah Allah selesai menciptakan langit dan bumi, maka Dia menulis sebuah tulisan yang dipasang pada Arasy: Inna rahmatii taghlibu godhobii (Maksudnya: Sesungguhnya rahmatKu mengalahkan kemurkaanKu.)

Menurut firman Allah dalam Surah Ali Imran Ayat 110:
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Siapakah umat terbaik?
- Mereka yang bertakwa dan beriman kepada Allah; yang lebih baik adalah Ahli Kitab yang beriman (mereka yang memahami Al-Quran dan mengamalkannya).

Kenapa begitu ya?!!
- Kerana dengan memahami Al-Quran, barulah merasai apakah iman itu.

Telitikan Surah Asy-Syuura Ayat 52:
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu Al-Quran dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al-Kitab (Al-Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al-Quran itu cahaya yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.
----------------------------------------------------------------------------
Keistimewaan rahmat Allah buat umat terbaik dirakamkan menurut riwayat pembicaraan di antara Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T.

Dikatakan bahawa Nabi Musa a.s. berkata: "Wahai Tuhan, di dalam alwah (catatan Taurat), aku berjumpa dengan satu umat terbaik yang diutuskan untuk manusia. Mereka menganjurkan berbuat kebajikan dan mencegah kemungkaran. Wahai Tuhan, jadikanlah mereka itu sebagai umatku."

Allah menjawab: "Itulah umat Muhammad."

Nabi Musa a.s berkata: "Wahai Tuhan, di dalam alwah juga aku menjumpai sebuah umat yang lahir paling akhir, tetapi merekalah yang pertama akan masuk ke syurga. Jadikanlah mereka itu sebagai umatku."

Allah menjawab: "Itulah umat Muhammad."

Nabi Musa a.s. berkata: "Wahai Tuhan, aku menjumpai di dalam alwah suatu umat yang mana bacaan mereka meresap di dalam dada mereka. Padahal sebelum generasi mereka, orang-orang membaca kitabnya dengan penglihatan. Hingga apabila tulisan itu ditarik kembali, mereka tidak hafal sedikitpun dan tidak pula mengerti isinya. Sesungguhnya Allah memberi hafalan kepada mereka, yang sebelumnya tidak pernah diberi kepada suatu umatpun. Wahai Tuhan, jadikanlah mereka sebagai umatku."

Allah menjawab: "Itulah umat Muhammad."

Nabi Musa a.s. berkata: "Wahai Tuhan, kujumpai di dalam alwah suatu umat yang beriman terhadap kitab-kitab terdahulu dan kitab yang akhir diturunkan. Mereka gigih memerangi kesesatan hingga memerangi dajjal. Jadikanlah mereka sebagai umatku."

Allah menjawab: "Itulah umat Muhammad."

Nabi Musa a.s. berkata: "Wahai Tuhan, kujumpai di dalam alwah suatu umat di mana sedekah mereka dimakan sendiri tetapi mereka diberi pahala. Sedangkan umat sebelumnya, apabila mereka bersedekah lalu sedekahnya diterima, maka Allah mengirim api yang membakarnya (memakan). Tetapi kalau ditolak, sedekah itu dibiarkan saja lalu dimakan binatang buas atau burung. Sesungguhnya Allah mengambil sedekah mereka dari golongan orang kaya untuk kaum miskin di antara mereka. Wahai Allah, jadikanlah mereka sebagai umatku."

Allah menjawab: "Itulah umat Muhammad."

Nabi Musa a.s berkata: "Wahai Tuhan, di dalam alwah kujumpai suatu umat, apabila mereka berniat saja mengerjakan kebajikan, namun tidak jadi dikerjakan, maka niatnya dicatat sepuluh kali kebajikan hingga tujuh ratus kali. Wahai Tuhan, jadikanlah mereka sebagai umatku."

Allah menjawab: "Itulah umat Muhammad."

Nabi Musa a.s. berkata: "Wahai Tuhan, di dalam alwah aku jumpai suatu umat di mana mereka memperoleh syafaat dan diberi hak untuk mensyafaati. Jadikanlah mereka sebagai umatku."

Allah menjawab: "Itulah umat Muhammad."

Seraya dengan itu, Nabi Musa a.s. berkata: "Wahai Allah, jadikanlah aku termasuk umat Muhammad."

duhai sahabatku, sudahkah kita termasuk umat Muhammad s.a.w.?!!
insyaAllah...

wallahu a'lam...

30 September 2011

...kesempurnaan...

sempurna itu datangnya dengan memberikan yang terbaik
dan berserah kepada ketentuan Allah  
...konsep tawakkal...

kelemahan tawakkal adalah keinginan terhadap kesempurnaan


dalam hal duniawi, tempatkan diri di atas
dalam hal ukhrawi, tempatkan diri di bawah

...bersyukurlah dan sandarkan harapan terhadap rahmat Allah dengan memaafkan ketidaksempurnaan...
Surah Al-Maa'idah Ayat 3:
"...Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, 
dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, 
dan telah Kuredhai Islam itu jadi agama bagimu. 
Maka barangsiapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

wallahu a'lam

06 September 2011

...sejarah takbir raya...




Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar

Laa ilaha illallahu Allahuakbar
Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar

Allahuakbar walillah il hamd
Allah Maha Besar, dan segala puji bagi Allah

Allahuakbar kabiiraa
Allah Maha Besar sebesar-besarnya

Walhamdulillahi kasiiraa
Segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya

Wasubhanallahi bukraataw wa a siilaa
Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang

Laa ilaha illallahu wahdah
Tiada Tuhan selain Allah dengan keEsaanNya

Shadaqa wa'dah
Dia menepati janjiNya

Wanasoraa ab'dah
menolong hambaNya

Wa aa 'azza jundah
dan memuliakan bala tenteraNya

Wahazamal ahzaaba wahdah
serta melarikan musuh(Ahzab=tentera bersekutu) dengan keEsaanNya

Laa ilaha illallahu
Tiada Tuhan selain Allah

Walaa na'budu illaa iyyaahu mukhlisiina lahuddin
dan kami tidak menyembah selain kepadaNya dengan memurnikan agama Islam

Walau karihal kaafirun
Meskipun orang kafir benci

Walau karihal munaafiqun
Meskipun orang munafik benci

Walau karihal musyrikun
Meskipun orang musyrik benci

Laa ilaha illallahu Allahuakbar
Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar

Allahuakbar walillah il hamd
Allah Maha Besar, dan segala puji bagi Allah
--------------------------------------------------------------------
Punca Peperangan Khandak - Orang-orang Yahudi tidak berpuas hati dengan tindakan Rasulullah yang telah menghalau mereka dari Madinah ke Khaibar. Oleh itu, mereka telah menghasut dan meminta bantuan daripada golongan luar Madinah untuk menyerang Madinah.


Tentera Ahzab berjumlah seramai 10000 orang - 4000 orang Quraisy diketuai Abu Sufyan + 1000 orang Bani Ghothofan diketuai Uyainah bin Hishn + 5000 orang Bani yang lain (Bani Asyja', Bani Sulaim, Bani Asad, Bani Murrah)


Rasulullah s.a.w. mengetahui akan rancangan mereka, lalu memanggil sahabat bermesyuarat.


Seorang sahabat - Salman Al Farisi telah memberikan cadangan supaya menggunakan strategi membina parit (khandak).


Tentera Allah berjumlah seramai 3000 orang Muslimin telah membina parit dari kawasan Batu Timur hingga ke Batu Barat.


Perang Khandak telah meletus pada bulan Syawal tahun ke 5 Hijrah.


Akhirnya mereka telah bertembung (tentera Ahzab vs tentera Allah) namun dipisahkan oleh khandak (parit). Mereka hanya saling berbalas panah.


Ancaman Pertama - Beberapa orang musyrikin (Ahzab) telah memaksa kuda mereka melepasi parit tersebut. Namun, mereka (Ahzab) telah ditumpaskan oleh Saidina Ali.


Ancaman Kedua - Huyai bin Akhtob (ketua Yahudi Nadhir) telah diutus untuk menghasut mereka (Ahzab) agar menyerang Rasulullah. Rasulullah pula menghantar Zubair Al-Awwam bagi menyelidik akan berita tersebut. Menurut Zubair: "Mereka (Ahzab) dalam keadaan marah dan kejahatan dapat dilihat di raut muka. Mereka turut mencerca Nabi di hadapan saya." Lalu, Rasulullah menghantar 500 tentera Allah diketuai Zaid bin Harithah & Maslamah bin Aslam untuk menjaga Madinah.


Sebagaimana firman Allah s.w.t. - Surah Al-Ahzab: Ayat 10-11:
Yaitu ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatanmu dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam prasangka.


Di situlah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan hatinya dengan goncangan yang sangat.


serta pada Surah Al-Ahzab: Ayat 9:
Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah yang telah dikurniakan kepadamu ketika datang kepadamu tentera-tentera, lalu Kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan adalah Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.


Pertolongan dari Allah - Nu'aim bin Mas'ud Al-Asyja'ei telah mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Rasulullah s.a.w. Lalu, dia bersegera memperdaya dan memecah-belahkan antara bani-bani Ahzab. Pada malam hari pula, Allah mendatangkan angin kencang (taufan) yang telah menghancurkan banyak alatan musuh (Ahzab) dan mengucar-ngacirkan kedudukan mereka.


Akhirnya - kemenangan tentera Allah memerangi tentera Ahzab (kuffar) ini diraikan sebesar-besarnya dengan mengagungkan Allah dengan sebesar-besar lafaz Takbir Raya - ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!

03 August 2011

...perang Badar -17 Ramadhan 2H-...



Surah Al-Hajj : Ayat 39-40
"Telah diizinkan berperang bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu."

"iaitu orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: "Tuhan kami hanyalah Allah." Dan sekiranya Allah tiada menolak keganasan sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong agamaNya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa."

Al-Quran menamakan peperangan ini dengan "Yaumul Furqaan" yang bererti hari yang memisahkan antara yang haq dengan yang bathil.

Surah Ali 'Imran : Ayat 123-127
"Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah ketika itu orang-orang yang lemah. Kerana itu, bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuriNya."


"Ingatlah, ketika kamu mengatakan kepada orang mukmin: "Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dengan 3000 malaikat yang diturunkan dari langit?"


"Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bertakwa dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, nescaya Allah menolong kamu dengan 5000 malaikat yang memakai tanda."


"Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala-bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira bagi kemenanganmu, dan agar tenteram hatimu kerananya. Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."


"Allah menolong kamu dalam Perang Badar dan memberi bala bantuan itu untuk membinasakan segolongan orang-orang yang kafir, atau untuk menjadikan mereka hina, lalu mereka kembali dengan tiada memperoleh apa-apa."

Surah Al-Anfaal : Ayat 8-12
"agar Allah menetapkan yang haq (Islam) dan membatalkan yang bathil (syirik) walaupun orang-orang yang berdosa (musyrikin Mekah) itu tidak menyukainya."


"Ingatlah, ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankanNya bagimu: " Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan 1000 malaikat yang datang berturut-turut."


"Dan Allah tidak menjadikannya mengirim bala bantuan itu, melainkan sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."


"Ingatlah, ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman daripadaNya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kakimu."


"Ingatlah, ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah pendirian orang-orang yang telah beriman." Kelak akan Aku jatuhkan rasa ketakutan ke dalam hati orang-orang kafir, maka penggallah kepala mereka dan pancunglah tiap-tiap hujung jari mereka."

27 July 2011

...salam ramadhan 1432H...

Surah Al-Baqarah : Ayat 183
Hai orang-orang yang beriman, diWAJIBkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,


Pengertian Puasa
  • Dari segi bahasa: Puasa atau As-Siyamu ialah menahan diri & menahan dari sesuatu.
  • Dari segi istilah syarak: Puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bagi orang yang diwajibkan berpuasa dengan niat berpuasa daripada terbitnya fajar sehinggalah terbenamnya matahari.
Asal nama 'Ramadhan'
  • Perkataan 'Ramadhan' bermakna sangat panas. Masyarakat Arab apabila hendak menamakan nama sesuatu, disesuaikan bulan itu dengan keadaan yang berlaku ketika bulan tersebut. Oleh kerana ketika penamaan berlaku keadaan yang sangat panas, dengan itu tetaplah nama 'Ramadhan' untuk bulan kesembilan dalam Takwim Islam.
Soalan 1 : Wajibkah berniat pada setiap malam atau memadai berniat sekali sahaja pada awal Ramadhan untuk berpuasa sebulan?
Jawapan : Mengikut mazhab Syafie, wajib berniat pada setiap malam:
Man lam yajmaq as-siyama koblal fajri fala siyama lahu
"Barangsiapa yang tidak membulatkan puasa sebelum fajar, maka tiadalah puasa untuknya." 
[HR Ahmad]
Tetapi, bagi manusia yang selalu lupa atau takut lupa berniat, ia dibolehkan bertaklid mengikut pendapat Imam Malik dengan berniat berpuasa sebulan pada malam awal Ramadhan. Walaupun begitu, sunat berniat pada setiap malam Ramadhan.

Niat untuk berpuasa sebulan Ramadhan:
Nawaitu souma shahri Ramadhana kullahu hazihis sanati lillahi taala
"Sahaja aku berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ini sepenuhnya kerana Allah Taala."

Soalan 2 : Sahkah berpuasa jika memasukkan 'InsyaAllah' di dalam niat puasa?
Jawapan : Menurut Imam Mawardi, tidak sah puasanya kerana ada unsur penangguhan yang mengangkat hukum - tidak diketahui secara pasti hendak berpuasa ataupun tidak.

Soalan 3 : Seseorang yang sedang berpuasa, kemudian menganggap dirinya telah meninggalkan puasa, bagaimanakah puasanya?
Jawapan : Menurut Imam Mawardi, ada 2 pendapat di sini:
  1. Dia masih dikira dalam keadaan berpuasa selagi tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
  2. Batal puasanya kerana dia menganggap dirinya telah meninggalkan puasa, sama seperti batalnya solat sekiranya berniat keluar dari solat 
Jika digabungkan kedua-dua pendapat, adalah lebih baik & selamat bagi orang yang berpuasa wajib membatalkan puasanya jika dia menganggap dirinya telah meninggalkan puasa. Jika berpuasa sunat, ia masih lagi dalam keadaan berpuasa selagimana tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Soalan 4 : Bagaimana jika seseorang yang berpuasa tidur sepanjang hari bermulanya sebelum terbit fajar sehingga terbenamnya matahari?
Jawapan : Sah puasanya.

Soalan 5 : Jika seseorang mati ketika sedang berpuasa, apakah hukumnya?
Jawapan : Batal puasanya seperti seseorang yang mati ketika sedang solat, dan dikehendaki ke atas waris untuk membayar fidyah puasa yang ditinggalkan pada hari kematian itu.

Soalan 6 : Yang manakah lebih utama, berbuka dahulu ataupun solat Maghrib?
Jawapan : Dari Anas r.a. :  "Adalah Rasulullah biasa berbuka dengan beberapa kurma basah sebelum solat. Jika tiada, maka dengan kurma kering, jika tiada, maka diteguk beberapa teguk air." 
[ HR Abu Daud]
Menurut hadis ini, menunjukkan sunat berbuka terlebih dahulu sebelum solat Maghrib.

Wallahu a'lam.

25 June 2011

...hayYa 'aLas SoLah...

solat itu hubungan hamba dengan pencipta-Nya - ALLAH.

[Surah Toha : Ayat 14]
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan yang haq selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.

solat adalah syariat/perintah WAJIB dalam segala keadaan (tiada alasan keuzuran) serta ditetapkan waktunya.

[Surah An-Nisa' : Ayat 103]
Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah solat itu sebagaimana biasa. Sesungguhnya solat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.

hikmah solat sebagai benteng kekuatan penghalang melakukan yang dilarangNya (segala perbuatan keji dan mungkar).

[Surah Al-Ankabut : Ayat 45]
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al-Quran dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

anjuran solat secara berjemaah (perintah pelaksanaan dalam konteks kekeluargaan) akan memberi kenikmatan/akibat yang baik berupa rezeki yang bermanfaat...insyaAllah

[Surah Toha : Ayat 132]
Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang yang bertakwa.

dengan menjaga solat ataupun silah (hubungan) jalinan keluarga, di mana setiap individu mukmin itu adalah bersaudara akan memungkinkan kewujudan rezeki, yang tidak tertakluk kepada yang bersifat material sahaja. rezeki boleh juga diinterpretasikan sebagai apa-apa yang mendatangkan kesejahteraan/nilai tambah buat penerimanya. contohnya - rezeki berupa kesatuan umat rentetan kefahaman yang bermatlamatkan ke arah mengEsakan Allah Yang Satu. inilah rezeki yang amat besar atau akibat yang baik iaitu berupa kemenangan yang diberikan Allah buat mereka yang bertakwa berlandaskan Al-Quran dan Sunnah RasulNya.

oleh itu, bangkitlah!!! hayya 'alas solah!!!
---------------------------------------------------------------------
solat menurut hadis

Raqsul amril Islamu wa 'amuduhus solatu wazirwatu sanamihil jihadu
-Pokok segala urusan adalah Islam, dan tiangnya adalah solat, dan puncaknya adalah jihad.
[HR At-Tirmidzi & Ibnu Majah]

La solata baqdas sub hi hatta tartaf 'as syams, wa la solata baqdal 'asri hatta taghibas syams
-Tidak ada solat setelah solat subuh sampai matahari naik, dan tidak ada solat setelah asar sehingga matahari terbenam.
[HR Al-Bukhari & Muslim]

Solatul jama'ati afdholu min solatil fazzi bisabi 'in wa 'isyhrina darajat
- Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat bersendirian dengan 27 darjat.
[HR Al-Bukhari & Muslim]

Solli ko ima fa 'illam tas tatiq fa qaida fa 'illam tas tatiq fa 'alaa janbi
- Solatlah dengan berdiri, jika kamu tidak mampu, solatlah dengan duduk, dan jika kamu tidak sanggup juga, maka solatlah dengan berbaring.
[HR Al-Bukhari]

Sollu kama ro ai tumuni usolli
- Solatlah kamu sebagaimana kamu melihatku mengerjakan solat.
[HR Al-Bukhari]

1. Wuduk
La yakbalullahu solata ahadikum iza ahdasa hatta yatawaddho aa
- Allah tidak akan menerima solat salah seorang di antara kamu jika dia berhadas sehinggalah dia berwuduk.
[HR Al-Bukhari &Muslim]

2. Azan dan pemilihan imam
Fa iza hadhorotis solatu fal yu azzillakum ahadukum wal ya ummakum akbarukum
- Jika telah tiba waktu solat, maka hendaklah salah seorang di antara kamu mengumandangkan azan untuk kamu, dan hendaklah orang yang paling tua di antara kamu yang menjadi imam.
[HR Al-Bukhari & Muslim]

3. Berdoa sesudah azan
Ad daqwatu la tiraddu bainal azani wal iqamati fad 'uu
- Doa antara azan dan iqamat itu tidak akan ditolak. Oleh kerana itu berdoalah.
[HR Ahmad, Abu Dawud & At-Tirmidzi]

4. Lafaz niat (untuk memulai solat)
Innamal 'aqmalu bin niyyati
- Semua amal perbuatan itu bergantung pada niat
[HR Al-Bukhari & Muslim]

5. Takbiratul Ihram
Iza kumta ilas solati fakabbir
- Apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka bertakbirlah.
[HR Al-Bukhari & Muslim]

6. Bacaan Al-Fatihah
La solata liman lam yakraq bi Fatihatil kitabi
- Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca Al-Fatihah.
[HR Al-Bukhari & Muslim]

7. Rukuk serta tama'ninah
Wa iza rakaqta fa dhoq ro hataika 'alaa ruk bataika wamdud zohraq
- Jika kamu rukuk, letakkanlah kedua tanganmu di atas kedua lututmu dan luruskanlah punggungmu.
[HR Abu Dawud]

Summar kaq hatta tatma'inna ro ki'aa
- Kemudian rukuklah hingga kamu benar-benar tama'ninah dalam rukuk.
[HR Al-Bukhari]

8. Iktidal serta tama'ninah
Summar faq hatta ta'dila ko ima
- Kemudian bangkitlah hingga kamu benar-benar berdiri dengan iktidal (tegak).
[HR Al-Bukhari]

9. Sujud serta tama'ninah
Umirtu an asjuda 'alaa sab'aati aqzumin 'alal jab hati wa aa sharo biyadihi 'alaa anfihi wal yadaini war rukbataini wa atrofil ko damaini
- Aku diperintahkan untuk sujud di atas tujuh tulang: di atas dahi (dan baginda mengisyaratkan tangannya ke hidung), dua tangan, dua lutut dan jari kedua-dua kaki.
[HR Al-Bukhari & Muslim]

Summas jud hatta tatma'inna sajida
- Kemudian sujudlah hingga kamu benar-benar tama'ninah dalam sujud.
[HR Al-Bukhari]

Wallahu a'lam...

24 June 2011

...penanGan fitnAH...

Cerminlah sketsa budaya fitnah-memfitnah dek kerana ceteknya ilmu berkait hasad...Astaghfirullah hal 'azim...Jom sama-sama kita teladani kisah Nabi Yusuf a.s....
----------------------------------------------------------------------------
Dikisahkan bahawa Nabi Yusuf ketika kanak-kanak telah dianiaya oleh adik beradiknya yang berlainan ibu. Dia telah ditinggalkan oleh adik beradiknya di dalam telaga ketika masih kanak-kanak. Kepada bapa mereka, Nabi Yaacob diberitahu bahawa Yusuf dibaham serigala.
[Surah Yusuf : Ayat 7-18]
Sesungguhnya ada beberapa tanda-tanda kekuasaan Allah pada kisah Yusuf dan saudara-saudaranya bagi orang-orang yang bertanya.
Yaitu ketika mereka berkata: " Sesungguhnya Yusuf dan saudara kandungnya Bunyamin lebih dicintai oleh ayah kita daripada kita sendiri, padahal kita ini adlah satu golongan yang kuat. Sesungguhnya ayah kita adalah dalam kekeliruan yang nyata.
Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu daerah yang tak dikenal supaya perhatian ayahmu tertumpah kepadamu saja, dan sesudah itu hendaklahkamu menjadi orang-orang yang baik."
Seorang di antara mereka berkata: "Janganlah kamu bunuh Yusuf, tetapi masukkanlah dia ke dasar sumur supaya dia dipungut oleh beberapa orang musafir, jika kamu hendak berbuat."
Mereka berkata: "Wahai ayah kami, apa sebabnya kamu tidak mempercayai kami terhadap Yusuf, padahal sesungguhnya kami adalah orang-orang yang mengingini kebaikan baginya.
Biarkanlah dia pergi bersama kami besok pagi, agar dia dapat bersenang-senang dan dapat bermain-main, dan sesungguhnya kami pasti menjaganya."
Berkata Yaakub: "Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khuatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu lengah daripadanya."
Mereka berkata: " Jika ia benar-benar dimakan serigala, sedang kami golongan yang kuat, sesungguhnya kami kalau demikian adalah orang-orang yang merugi."
Maka tatkala mereka membawanya dan sepakat memasukkannya ke dasar sumur lalu mereka masukkan dia, dan di waktu dia sudah dalam sumur Kami wahyukan kepada Yusuf: "Sesungguhnya kamu akan menceritakan kepada mereka perbuatan mereka ini, sedang mereka tiada ingat lagi."
Kemudian mereka datang kepada ayah mereka di sore hari sambil menangis.
Mereka berkata: "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, Lalu dia dimakan serigala; Dan kamu sekali-kali tidak akan percaya kepada kami, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar."
Mereka datang membawa baju gamisnya yang berlumuran dengan darah palsu. Yaakub berkata: "Sebenarnya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan yang buruk itu; maka kesabaran yang baik itulah kesabaranku. Dan Allah sajalah yang dimohon pertolonganNya terhadap apa yang kamu ceritakan."
Nabi Yaakub tahu bahawa apa yang diceritakan kepadanya bukanlah kejadian sebenar, tetapi beliau bersabar dan menyerahkan segala urusan bersabit anaknya itu kepada Allah SWT. 
Maka ditakdirkan Yusuf yang masih kanak-kanak telah diselamatkan oleh sekumpulan peniaga yang singgah di telaga itu, lalu beliau dibawa ke Mesir dan dijual dengan harga yang murah sebagai hamba sahaya kepada seorang pembesar negara.

[Surah Yusuf : Ayat 19-21]
Kemudian datanglah kelompok orang-orang musafir, lalu mereka menyuruh seorang pengambil air, maka dia menurunkan timbanya, dia berkata: "Oh, khabar gembira, ini seorang anak muda!" Kemudian mereka menyembunyikan dia sebagai barang dagangan. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
Dan mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, yaitu beberapa dirham saja, dan mereka merasa tidak tertarik hatinya kepada Yusuf.
Dan orang Mesir yang membelinya berkata kepada isterinye: "Berikanlah kepadanya tempat dan layanan yang baik, boleh jadi dia bermanfaat kepada kita atau kita pungut dia sebagai anak." Dan demikian pulalah Kami memberikan kedudukan yang baik kepada Yusuf di muka bumi Mesir, dan agar Kami ajarkan kepadanya takbir mimpi. Dan Allah berkuasa terhadap urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya.

Apabila dewasa, Yusuf menjadi seorang pemuda yang sangat kacak. Kekacakannya menyebabkan si isteri pembesar yang memeliharanya sangat berahi terhadapnya. Tidak tertahan lagi, pada suatu hari wanita bernama Zulaikha itu telah menggodanya ketika mereka berduaan dalam rumah.
[Surah Yusuf : Ayat 22-24]
Dan tatkala dia (Yusuf) cukup dewasa, Kami berikan kepadanya hikmah dan ilmu. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya kepadanya dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata: "Marilah ke sini." Yusuf berkata: "Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik." Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan beruntung.
Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud melakukan perbuatan itu dengan Yusuf, dan Yusufpun bermaksud melakukan pula dengan wanita itu andaikata dia tidak melihat tanda dari Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih.
Walaupun Yusuf hampir tergoda, imannya yang kukuh telah menahan dirinya daripada terjerumus ke perlakuan buruk. Yusuf cuba melarikan diri sehingga koyak bajunya di bahagian belakang direntap oleh Zulaikha.

Kejadian itu disedari oleh suami Zulaikha yang kebetulan kembali ke rumahnya ketika Yusuf sedang berlari ke pintu untuk menyelamatkan dirinya. 
[Surah Yusuf : Ayat 25-27]
Dan keduanya berlumba-lumba menuju pintu dan wanita (Zulaikha) itu menarik baju gamis Yusuf dari belakang hingga koyak dan kedua-duanya mendapati suami wanita itu di muka pintu. Wanita itu berkata: "Apakah pembalasan terhadap orang yang bermaksud berbuat serong dengan isterimu, selain dipenjarakan atau dihukum dengan azab yang pedih?"
Yusuf berkata: "Dia menggodaku untuk menundukkan diriku kepadanya." Dan seorang saksi dari keluarga wanita itu memberikan kesaksiannya: "Jika baju gamisnya koyak di muka, maka wanita itu benar, dan Yusuf termasuk orang-orang yang dusta.
Dan jika baju gamisnya koyak di belakang, maka wanita itulah yang dusta, dan Yusuf termasuk orang-orang yang benar."
Walaupun Zulaikha berkeras menuduh bahawa kononnya Yusuf yang cuba berbuat jahat terhadapnya, namun bajunya yang koyak di bahagian belakang menjadi bukti mengenai apa yang sebenarnya berlaku. Jika Yusuf yang cuba berbuat jahat, tentulah bajunya koyak di bahagian depan jika Zulaikha melawan.
[Surah Yusuf : Ayat 28-29]
Maka tatkala suami wanita itu melihat baju gamis Yusuf koyak di belakang berkatalah dia: "Sesungguhnya kejadian itu adalah di antara tipu daya kamu, sesungguhnya tipu daya kamu adalah besar.
Hai Yusuf, berpalinglah dari ini, dan kamu hai isteriku, mohon ampunlah atas dosamu itu, kerana kamu sesungguhnya termasuk orang-orang yang berbuat salah."
Kisah Zulaikha dan Nabi Yusuf itu menjadi bualan hangat khususnya di kalangan wanita bangsawan. 
[Surah Yusuf : Ayat 30-32]
Dan wanita-wanita di kota berkata: "Isteri Al Aziz menggoda bujangnya untuk menundukkan dirinya kepadanya, sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu adalah sangat mendalam. Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata."
Maka tatkala wanita (zulaikha) itu mendengar cercaan mereka, diundangnyalah wanita-wanita itu dan disediakannya bagi mereka tempat duduk, dan diberikannya kepada masing-masing mereka sebuah pisau untuk memotong jamuan, kemudian dia berkata kepada Yusuf: "Keluarlah nampakkanlah dirimukepada mereka." Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada keelokan rupanya dan mereka melukai jari tangannya dan berkata: "Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah malaikat yang mulia."
Wanita (Zulaikha) itu berkata: " Itulah dia orang yang kamu cela aku kerana tertarik kepadanya, dan sesungguhnya aku telah menggoda dia untuk menundukkan dirinya kepadaku akan tetapi dia menolak. Dan sesungguhnya jika dia tidak mentaati apa yang aku perintahkan kepadanya, nescaya dia akan dipenjarakan dan dia akan termasuk golongan orang-orang yang hina."
Menyedari apa yang berlaku, Yusuf bimbang peristiwa dengan Zulaikha akan berlaku lagi terhadapnya. Lalu beliau berdoa kepada Allah SWT.
[Surah Yusuf : Ayat 33-34]
Yusuf berkata: "Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk memenuhi keinginan mereka dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh."
Maka Tuhannya memperkenankan doa Yusuf, dan Dia menghindarkan Yusuf dari tipu daya meraka. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Iktibar daripada kisah Nabi Yusuf ini ialah supaya orang-orang beriman bersabar dan berserah diri sepenuhnya kepada Allah SWT dalam menghadapi apa jua ujian dan masalah dalam kehidupan.

23 June 2011

...qAnaaH dan bersyuKur...

mari sama-sama kita ambil pelajaran daripada kisah Nabi Sulaiman a.s. dan Ratu Balqis...insyaAllah...
----------------------------------------------------------------------
Nabi Sulaiman a.s. bercita-cita ingin mendirikan sebuah rumah suci di Syam, untuk dapat dipergunakan sebagai tempat ibadat menyembah Allah dan juga sebagai tanda pengorbanan daripada dirinya sendiri kepada Allah. Tiang-tiang yang tinggi dan besar lalu didirikan, dinding-dinding tembok yang besar dan agung pun berdiri dan tidak lama kemudian, Rumah Suci (Baitul Maqdis), yang dicita-citakan Nabi Sulaiman a.s. itupun jadi kenyataanlah. Yang sampai sekarang masih ada dan tetap ada dan masih tetap bernama Rumah Suci (Baitul Maqdis atau Jerusalem).

Kepada semua manusia yang beriman kepada Allah, diperintahkanNya untuk datang berhaji ke tempat suci itu setiap tahun. Tetapi kerana kemudian, oleh bangsa Israel tempat itu dijadikan tempat menyimpang dari ajaran Allah, maka kepada Nabi Muhammad diperintahkanNya untuk memindahkan tempat suci itu ke Mekah.

Baru saja Nabi Sulaiman a.s. selesai mengerjakan Rumah Suci itu, beliau mula berangkat meninggalkan tempat itu memenuhi nazarnya sebelum mendirikan Rumah Suci itu. Nazar (janji) akan mengembara di sekitar muka bumi untuk melihat dan mengetahui kebesaran Allah yang mencipta bumi ini juga maksudnya.

Mula mula Nabi Sulaiman a.s. menuju ke tanah Yaman, lalu memasuki daerah Sana’. Di daerah ini beliau mengalami kekurangan air. Ke mana juga dicarinya, tidak ada air dijumpai. Ke puncak bukit yang tinggi, di bawah jurang yang dalam, kadang kadang digalinya berupakan sumur yang dalam, namun air tidak ditemuinya. Di saat hampir menemui jalan buntu untuk mendapatkan air, tiba-tiba lalulah terbang melintas di atas kepalanya seekor burung Hud Hud. Burung itu segera dipanggil oleh Nabi Sulaiman a.s. dan kepada burung itu diperintahkannya untuk mencari tempat yang ada airnya dan menunjukkan jalan kepadanya menuju ke tempat itu.

Kerana burung Hud Hud yang diutus itu lama tidak kembali, maka Nabi Sulaiman a.s. menjadi marah dan mengucapkan sumpahnya.

[Surah An Naml : Ayat 20-21]
Dan dia (Sulaiman) memeriksa burung-burung lalu berkata: “Mengapa aku tidak melihat hud-hud, apakah dia termasuk yang tidak hadir.

Sungguh aku benar-benar akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau benar-benar menyembelihnya kecuali jika benar-benar dia datang kepadaku dengan alasan yang terang.”

Baru saja Nabi Sulaiman a.s. mengucapkan sumpahnya, burung Hud Hud yang ditunggu-tunggunya itupun datanglah dengan merendahkan kepala dan menggerak-gerakkan ekornya, tanda minta maaf dan minta ampun kepada Nabi Sulaiman a.s. atas kelewatannya itu.

Akhirnya Hud Hud bercerita kepadanya.

[Surah An-Naml : Ayat 22-26]
Maka tidak lama kemudian datanglah hud-hud, lalu ia berkata: “Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya; dan kubawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini,

Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang besar.

Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan Allah, sehingga mereka tidak dapat petunjuk,

Agar mereka tidak menyembah Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan.

Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Dia, Tuhan yang mempunyai ‘Arasy yang besar.”

Nabi Sulaiman a.s. sungguh terkejut mendengar berita ini, tetapi beliau tidak mahu mengejutkan Hud Hud yang telah bercerita itu.

[Surah An-Naml : Ayat 27-28]
Berkata Sulaiman: “Akan kami lihat, apa kamu(hud-hud) benar, ataukah kamu termasuk orang-orang yang berdusta.

Pergilah dengan membawa suratku ini, lalu jatuhkanlah kepada mereka, kemudian berpalinglah dari mereka, lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan.”

Surat itu segera diambilnya dari tangan Nabi Sulaiman a.s., lalu burung itu terbang melayang, menyampaikan surat itu ke alamat yang sudah ditentukan, iaitu kepada Ratu Balqis di negeri Saba. Hud Hud terbang menyusup ke atas mahligai istana Ratu Balqis.

Dengan melalui sebuah jendela, surat itu dijatuhkannya dalam istana itu tepat di hadapan Ratu Balqis sendiri. Surat tersebut jatuh, lalu diambil dan dibaca oleh Ratu Balqis.

[Surah An-Naml : Ayat 29-31]
Berkata ia (Balqis): “Hai pembesar-pembesar, sesungguhnya telah dijatuhkan kepadaku sebuah surat yang mulia.

Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya isinya: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Bahawa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri.”

Baru saja melihat dan membaca surat yang ajaib serta isinya yang mengejutkan itu, Ratu Balqis segera mengumpulkan semua menteri kerajaan, pembesar-pembesar dan ahli-ahli cerdik pandai, untuk bermesyuarat, guna meminta pertimbangan mereka tentang isi surat yang baru di terimanya itu.

[Surah An-Naml : Ayat 32-35]
Berkata dia (Balqis): “Hai para pembesar berilah aku pertimbangan dalam urusanku ini aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam majlisku.”

Mereka menjawab: “Kita adalah orang-orang yang memiliki kekuatan dan juga memiliki keberanian yang sangat dalam peperangan, dan keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu perintahkan.”

Dia (Balqis) berkata: “Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, nescaya mereka membinasakannya, dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina; dan demikian pulalah yang akan mereka perbuat.

Dan sesungguhnya aku akan mengirim utusan kepada mereka dengan membawa hadiah, dan aku akan menunggu apa yang akan dibawa kembali oleh utusan-utusan itu.”

Khabar ini sebagai jawapan terhadap surat Nabi Sulaiman a.s. itu,dituliskan dalam sebuah surat, lalu diserahkan kepada burungHud Hud itu, untuk disampaikan kepada Nabi Sulaiman a.s..

Untuk menyambut kedatangan delegasi Ratu Balqis itu, Nabi Sulaiman a.s. mengadakan persiapan seperlunya. Nabi Sulaiman a.s. ingin memperlihatkan kegagahan dan keluarbiasaannya. Semua jin dipanggilnya dan diperintahkan untuk mendirikan sebuah istana dari segala macam batu dan perhiasan yang berada di perut bumi di dalam laut. Dalam waktu yang singkat saja, gedung besar, iaitu istana yang terindah yang belum pernah ada tandingannya di muka bumi Allah ini, sekarang menjelma. Dindingnya terbuat dari kaca yang beraneka warna, lantainya daripada emas dan perak, serta pasirnya dari intan dan berlian dan berbagai-bagai batu berharga lainnya. Semua itu dikemukakan dan didirikan oleh segala jin dengan petunjuk Nabi Sulaiman a.s. sendiri.

Delegasi yang ditunggu tunggu itupun datanglah. Kedatangan mereka disambut dengan sambutan yang hormat dan meriah. Alangkah terkejut dan kagumnya mereka melihat kemewahan yang tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata itu. Dengan rasa malu, mereka menyerahkan hadiah besar yang dianugerahkan Ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman a.s..

[Surah An-Naml : Ayat 36-37]
Maka tatkala utusan itu sampai kepada Sulaiman, Sulaiman berkata: “Apakah patut kamu menolong aku dengan harta? Maka apa yang diberikan Allah kepadaku lebih baik daripada apa yang diberikanNya kepadamu; tetapi kamu merasa bangga dengan hadiahmu.

Kembalilah kepada mereka sungguh kami akan mendatangi mereka dengan bala tentera yang mereka tidak kuasa melawannya, dan pasti kami akan mengusir mereka dari negeri itu (Saba) dengan terhina dan mereka menjadi tawanan-tawanan yang hina-dina.”

Delegasi itupun segera kembali mendapatkan Ratu Balqis dan bangsanya, lalu disampaikannya hasil pertemuan dengan Nabi Sulaiman a.s. itu. Mendengar semua itu, dengan perasaan yang tenang, Ratu Balqis berkata: Tidak ada daya dan usaha lain lagi, kecuali kita hanya tunduk dan taat menurut ajaran Sulaiman itu.

Ratu Balqis ingin menghadap sendiri kepada Nabi Sulaiman a.s., serta ia bermaksud akan mengucapkan kalimat iman di hadapan Nabi Sulaiman a.s.. Ratu itupun berangkatlah diiringkan oleh semua pengiring dan pengawalnya. Setelah Nabi Sulaiman a.s. mengetahui akan keberangkatannya itu, maka beliau berkata kepada semua jin.

[Surah An-Naml : Ayat 38-41]
Berkata Sulaiman:”Hai pembesar-pembesar, siapakah di antara kamu sekalian yang sanggup membawa singgahsananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri?”

Berkata ‘Ifrit yang cerdik dari golongan jin: “Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum  kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya.”

Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al-Kitab: “Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkedip.” Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: “Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari akan nikmatNya. Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.”

Dia (Sulaiman) berkata: “Rubahlah baginya singgahsananya; maka kita akan melihat apakah dia mengenal ataukah dia termasuk orang-orang yang tidak mengenalnya.”

Akhirnya Ratu Balqis pun datanglah.

[Surah An-Naml : Ayat 42-43]
Dan ketika Balqis datang, ditanyakanlah kepadanya:”Serupa inikah singgahsanamu?” Dia (Balqis) menjawab: “Seakan-akan singgahsana ini singgahsanaku, kami telah diberi pengetahuan sebelumnya dan kami adalah orang-orang yang berserah diri.”

Dan apa yang disembahnya selama ini selain Allah, mencegahnya untuk melahirkan keislamannya, kerana sesungguhnya dia (Balqis) dahulunya termasuk orang-orang yang kafir.

Dalam pada itu Nabi Sulaiman a.s. sudah memerintahkan pula untuk membangun sebuah mahligai yang terbuat dari kaca yang putih bersih.

[Surah An-Naml : Ayat 44]
Dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam istana.” Maka tatkala dia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman: “Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dari kaca.” Berkatalah Balqis: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam.”