22 October 2011

...teKa-teKi imam aL-GhazaLi...

Pada suatu hari, imam aL-GhazaLi berkumpul bersama murid-muridnya lalu menanyakan teka-teki yang ringkas...

Soalan pertama imam aL-GhazaLi: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
murid 1: Orang tua
murid 2: Guru
murid 3: Teman
murid 4: Kaum kerabat

Jawapan imam aL-GhazaLi: Kesemua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ialah MATI. Sebab ia merupakan janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan MATI.

Surah Ali 'Imran Ayat 185:
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan MATI. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

Soalan kedua imam aL-GhazaLi: Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia ini?
murid 1: Negeri China
murid 2: Bulan
murid 3: Matahari
murid 4: Bintang

Jawapan imam aL-GhazaLi: Kesemua jawapan itu benar, tetapi yang paling jauh daripada diri kita di dunia ini ialah MASA LALU. Bagaimanapun keadaan diri kita, apapun kenderaan kita, namun diri kita tetap tidak akan dapat kembali ke MASA LALU. Oleh sebab itu, diri kita harus menjaga hari ini, memperhatikan hari esok serta hari-hari mendatang dengan perbuatan yang sesuai menurut ajaran agama.

Soalan ketiga imam aL-GhazaLi: Apakah yang paling besar di dunia ini?
murid 1: Gunung
murid 2: Matahari
murid 3: Bumi

Jawapan imam aL-GhazaLi: Kesemua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar di dunia ini ialah HAWA NAFSU.

Surah Al-A'raaf Ayat 179:
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam itu kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah; dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah; dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Maka, kita harus berhati-hati dengan HAWA NAFSU kita, jangan sampai ianya membawa kita ke neraka.

Soalan keempat imam aL-GhazaLi: Apakah yang paling berat di dunia ini?
murid 1: Baja
murid 2: Besi
murid 3: Gajah

Jawapan imam aL-GhazaLi: Kesemua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat di dunia ini ialah MEMEGANG AMANAH.

Surah Al-Ahzab Ayat 72:
Sesungguhnya Kami telah mengemukakan AMANAH kepada langit, bumi dan gunung-gunung; maka semuanya enggan untuk memikul AMANAH itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya; dan dipikullah AMANAH itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.

Tumbuh-tumbuhan, binatang hatta gunung sekalipun, semuanya tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah di dunia ini. Manusia dengan sombongnya (amat zalim dan amat bodoh) berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga kebanyakan manusia masuk ke neraka kerana gagal dalam MEMEGANG AMANAH.

Soalan kelima imam aL-GhazaLi: Apakah yang paling ringan di dunia ini?
murid 1: Kapas
murid 2: Angin
murid 3: Debu
murid 4: Daun

Jawapan imam aL-GhazaLi: Kesemua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan di dunia ini ialah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita meringankan MENINGGALKAN SOLAT.

Soalan keenam imam aL-GhazaLi: Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?
murid-murid menjawab serentak: Mata pedang

Jawapan imam aL-GhazaLi: Jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini ialah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Wallahu a'lam...

No comments:

Post a Comment