22 April 2011

...mereka yang DAGANG...

mereka yang tetap pada Yang Satu
mereka yang berada di jalan yang lurus
mereka yang berada di luar aturan dunia fana
mereka itu akan berada dalam DAGANG
mereka itu bersedia
dan sudi berada dalam DAGANG

mereka yang DAGANG itu kelihatan pelik
lain dari amalan biasa dunia kawalan
menentang arus perdana
terbalik dari normal ilusi minda
keluar dari sistem ciptaan dunia

mereka yang DAGANG itu bebas
mereka yang DAGANG itu tidak gentar
biarpun berdiri bersendirian
sebenarnya mereka TIDAK bersendirian

mereka yang DAGANG itu kelihatan salah
meski sebenarnya benar
mereka itu orang yang sabar
mereka yang DAGANG itu
awalnya sedikit, akhirnya banyak
yang bersedia untuk DAGANG itu sedikit

mereka yang DAGANG itu akan bangkit
mereka tahu dan yakin
DAGANG itu akhirnya akan hilang DAGANGnya
itu janji...

tulisan Pak Wawan (sumber: Majalah SOLUSI Isu #30, halaman 86)

p/s: aku peDAGANG...insyaAllah

18 April 2011

...muhasabah hari kelahiranku...

"Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya;"
[Surah Al-Balad: Ayat 3]


"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur."
[Surah An-Nahl: Ayat 78]


"Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah."
[Surah Faatir: Ayat 11]


"(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
[Surah Ar-Ruum: Ayat 30]


"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik."
[Surah Ali-'Imran: Ayat 110]


"Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."
[Surah Al-An'aam: Ayat 162]


"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
[Surah At-Talaaq: Ayat 3]


"Dan bagi Allah jualah apa yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan cukuplah Allah sebagai Pengawal (yang mentadbirkan dan menguasai segala-galanya)."
[Surah An-Nisa': Ayat 132]

15 April 2011

...periHATI...

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa (hati) itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotori (hati)nya ."
[Surah Asy-Syams: Ayat 9-10]

Menurut Imam Ghazali: 3 elemen penting yang menjadikan hidup kita sempurna dan berjalan lancar adalah AKAL, HATI dan NAFSU...
--------------------------------------------------------------
HATI lah yang paling penting!
--------------------------------------------------------------
berHATI-HATI di jalan raya...

bukan berAKAL-AKAL di jalan raya...
bukan berNAFSU-NAFSU di jalan raya...
------------------------------------------------------------

baik betul HATInya...

bukan baik betul AKALnya...
bukan baik betul NAFSUnya...
-------------------------------------------------------------------
jahatnya HATI peragut itu...

bukan jahatnya AKAL peragut itu...
bukan jahatnya NAFSU peragut itu...
---------------------------------------------------------------
alangkah puasnya HATI...

bukan alangkah puasnya AKAL...
bukan alangkah puasnya NAFSU...

14 April 2011

...basar...

Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

"Siapa yang nak duit ini?".

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

"Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu."
  
Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
  
Lalu bertanya lagi,

"Siapa yang masih mahu duit ini?"

Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

"Baiklah," jawabnya,

"Apa jadinya bila saya melakukan ini?"

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?"

Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

"Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya."

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.

Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang menCINTAi anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, anda masih mempunyai nilai yang tersendiri.

Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang dipandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

...antara dua sujud...

Rabbighfirlii
Tuhanku, ampunilah aku
My Lord, forgive me

Warhamnii
Rahmatilah aku
Have mercy on me

Wajburnii
Cukupkanlah aku
Fulfill my needs

Warfaqnii
Angkatkanlah darjatku
Elevate me

Warzuknii
Berikanku rezeki
Provide for me

Wahdinii
Tunjukkanlah aku
Guide me

Wa'afinii
Sihatkanlah aku
Make me healthy

Wa'fu'annii
Dan maafkanlah aku
And forgive me

09 April 2011

jom kenal nama-nama Kalamullah :)

  • Al-Quran
Ini nama yang paling popular. Allah s.w.t. menyebutnya 58 kali.

Shahru Ramadhanallazi unzila fiihil Quraan...
Maksudnya: (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran...
[ Surah Al-Baqarah: Ayat 185]
  • Al-Kitab
Nama ini maksudnya wahyu yang tertulis - iaitu Al-Quran tertulis dalam mushaf dan hendaknya melekat dalam hati.

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Orang yang dalam hatinya tidak ada sedikitpun Al-Quran, bagaikan rumah yang rosak."

  • Al-Huda
Al-Huda bermaksud petunjuk.

Zaalikal kitaabu la roiba fiihi Hudal lilmuttakin
Maksudnya: Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.
[Surah Al-Baqarah: Ayat 2]
  • Rahmah
Ertinya rahmat, terutama bagi orang-orang yang beriman.

Wanunazzilu minal Quraani maa huwa shifaa uuwwa Rahmatul lilmukminin...
Maksudnya: Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman...
[Surah Al-Isra': Ayat 82]
  • Nur
Bererti cahaya penerang.

...kod jaa akum minallahi Nuuruwwa kitaabum mubiin.
Maksudnya: ...sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan.
[Surah Al-Ma'idah: Ayat 15]
  • Ruh
Ruh membawa maksud sebagai penggerak. Ruh menggerakkan jasad manusia.

Yunazzilul malaaikata bir Ruuhi min amrihi...
Maksudnya: Dia menurunkan para malaikat dengan membawa (wahyu) dengan perintahNya...
[Surah An-Nahl: Ayat 2]
  • Syifa'
Syifa' adalah penawar di mana Al-Quran merupakan penawar penyakit hati.

...waSyifaa uullimaa fiissuduuri...
Maksudnya:...dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada,
[Surah Yunus: Ayat 57]
  • Al-Haq
Al-Haq bererti kebenaran.

AlHaqqu mir robbika...
Maksudnya: Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu...
[Surah Al-Baqarah: Ayat 147]
  • Bayan
Maksud Bayan adalah penjelasan atau penerangan.

Haaza Bayaanul linnaasi...
Maksudnya: Al-Quran ini adalah penerangan bagi seluruh manusia...
[Surah Ali 'Imran: Ayat 138]
  • Mauidzah
Ertinya pelajaran dan nasihat.

...wa Mauidzhotul lilmuttakin.
Maksudnya:...serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.
[Surah Ali 'Imran: Ayat 138]
  • Zikir
Bererti yang mengingatkan.

Inna nahnu nazzalnaaz Zikro wa inna lahuu lahaafizuun.
Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.
[Surah Al-Hijr: Ayat 9]
  • Naba'
Maksud Naba' ialah berita.

Wayauma Nab'aasu fii kulli ummatin syahiidan 'alaihim min amfusihim...
Maksudnya: (Dan ingatlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka daripada mereka sendiri...
[Surah An-Nahl: Ayat 89]