27 July 2011

...salam ramadhan 1432H...

Surah Al-Baqarah : Ayat 183
Hai orang-orang yang beriman, diWAJIBkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,


Pengertian Puasa
  • Dari segi bahasa: Puasa atau As-Siyamu ialah menahan diri & menahan dari sesuatu.
  • Dari segi istilah syarak: Puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bagi orang yang diwajibkan berpuasa dengan niat berpuasa daripada terbitnya fajar sehinggalah terbenamnya matahari.
Asal nama 'Ramadhan'
  • Perkataan 'Ramadhan' bermakna sangat panas. Masyarakat Arab apabila hendak menamakan nama sesuatu, disesuaikan bulan itu dengan keadaan yang berlaku ketika bulan tersebut. Oleh kerana ketika penamaan berlaku keadaan yang sangat panas, dengan itu tetaplah nama 'Ramadhan' untuk bulan kesembilan dalam Takwim Islam.
Soalan 1 : Wajibkah berniat pada setiap malam atau memadai berniat sekali sahaja pada awal Ramadhan untuk berpuasa sebulan?
Jawapan : Mengikut mazhab Syafie, wajib berniat pada setiap malam:
Man lam yajmaq as-siyama koblal fajri fala siyama lahu
"Barangsiapa yang tidak membulatkan puasa sebelum fajar, maka tiadalah puasa untuknya." 
[HR Ahmad]
Tetapi, bagi manusia yang selalu lupa atau takut lupa berniat, ia dibolehkan bertaklid mengikut pendapat Imam Malik dengan berniat berpuasa sebulan pada malam awal Ramadhan. Walaupun begitu, sunat berniat pada setiap malam Ramadhan.

Niat untuk berpuasa sebulan Ramadhan:
Nawaitu souma shahri Ramadhana kullahu hazihis sanati lillahi taala
"Sahaja aku berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ini sepenuhnya kerana Allah Taala."

Soalan 2 : Sahkah berpuasa jika memasukkan 'InsyaAllah' di dalam niat puasa?
Jawapan : Menurut Imam Mawardi, tidak sah puasanya kerana ada unsur penangguhan yang mengangkat hukum - tidak diketahui secara pasti hendak berpuasa ataupun tidak.

Soalan 3 : Seseorang yang sedang berpuasa, kemudian menganggap dirinya telah meninggalkan puasa, bagaimanakah puasanya?
Jawapan : Menurut Imam Mawardi, ada 2 pendapat di sini:
  1. Dia masih dikira dalam keadaan berpuasa selagi tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
  2. Batal puasanya kerana dia menganggap dirinya telah meninggalkan puasa, sama seperti batalnya solat sekiranya berniat keluar dari solat 
Jika digabungkan kedua-dua pendapat, adalah lebih baik & selamat bagi orang yang berpuasa wajib membatalkan puasanya jika dia menganggap dirinya telah meninggalkan puasa. Jika berpuasa sunat, ia masih lagi dalam keadaan berpuasa selagimana tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Soalan 4 : Bagaimana jika seseorang yang berpuasa tidur sepanjang hari bermulanya sebelum terbit fajar sehingga terbenamnya matahari?
Jawapan : Sah puasanya.

Soalan 5 : Jika seseorang mati ketika sedang berpuasa, apakah hukumnya?
Jawapan : Batal puasanya seperti seseorang yang mati ketika sedang solat, dan dikehendaki ke atas waris untuk membayar fidyah puasa yang ditinggalkan pada hari kematian itu.

Soalan 6 : Yang manakah lebih utama, berbuka dahulu ataupun solat Maghrib?
Jawapan : Dari Anas r.a. :  "Adalah Rasulullah biasa berbuka dengan beberapa kurma basah sebelum solat. Jika tiada, maka dengan kurma kering, jika tiada, maka diteguk beberapa teguk air." 
[ HR Abu Daud]
Menurut hadis ini, menunjukkan sunat berbuka terlebih dahulu sebelum solat Maghrib.

Wallahu a'lam.