22 October 2011

...teKa-teKi imam aL-GhazaLi...

Pada suatu hari, imam aL-GhazaLi berkumpul bersama murid-muridnya lalu menanyakan teka-teki yang ringkas...

Soalan pertama imam aL-GhazaLi: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
murid 1: Orang tua
murid 2: Guru
murid 3: Teman
murid 4: Kaum kerabat

Jawapan imam aL-GhazaLi: Kesemua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ialah MATI. Sebab ia merupakan janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan MATI.

Surah Ali 'Imran Ayat 185:
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan MATI. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

Soalan kedua imam aL-GhazaLi: Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia ini?
murid 1: Negeri China
murid 2: Bulan
murid 3: Matahari
murid 4: Bintang

Jawapan imam aL-GhazaLi: Kesemua jawapan itu benar, tetapi yang paling jauh daripada diri kita di dunia ini ialah MASA LALU. Bagaimanapun keadaan diri kita, apapun kenderaan kita, namun diri kita tetap tidak akan dapat kembali ke MASA LALU. Oleh sebab itu, diri kita harus menjaga hari ini, memperhatikan hari esok serta hari-hari mendatang dengan perbuatan yang sesuai menurut ajaran agama.

Soalan ketiga imam aL-GhazaLi: Apakah yang paling besar di dunia ini?
murid 1: Gunung
murid 2: Matahari
murid 3: Bumi

Jawapan imam aL-GhazaLi: Kesemua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar di dunia ini ialah HAWA NAFSU.

Surah Al-A'raaf Ayat 179:
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam itu kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah; dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah; dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Maka, kita harus berhati-hati dengan HAWA NAFSU kita, jangan sampai ianya membawa kita ke neraka.

Soalan keempat imam aL-GhazaLi: Apakah yang paling berat di dunia ini?
murid 1: Baja
murid 2: Besi
murid 3: Gajah

Jawapan imam aL-GhazaLi: Kesemua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat di dunia ini ialah MEMEGANG AMANAH.

Surah Al-Ahzab Ayat 72:
Sesungguhnya Kami telah mengemukakan AMANAH kepada langit, bumi dan gunung-gunung; maka semuanya enggan untuk memikul AMANAH itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya; dan dipikullah AMANAH itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.

Tumbuh-tumbuhan, binatang hatta gunung sekalipun, semuanya tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah di dunia ini. Manusia dengan sombongnya (amat zalim dan amat bodoh) berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga kebanyakan manusia masuk ke neraka kerana gagal dalam MEMEGANG AMANAH.

Soalan kelima imam aL-GhazaLi: Apakah yang paling ringan di dunia ini?
murid 1: Kapas
murid 2: Angin
murid 3: Debu
murid 4: Daun

Jawapan imam aL-GhazaLi: Kesemua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan di dunia ini ialah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita meringankan MENINGGALKAN SOLAT.

Soalan keenam imam aL-GhazaLi: Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?
murid-murid menjawab serentak: Mata pedang

Jawapan imam aL-GhazaLi: Jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini ialah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Wallahu a'lam...

12 October 2011

...naSihat inDaH...

Perbualan Berharga Luqmanul Hakim dan anaknya

Anak: Wahai Ayah! Apakah perangai yang paling baik dari seorang manusia?
Luqmanul Hakim: AGAMA

Anak: Kalau perangai itu DUA?
Luqmanul Hakim: AGAMA dan HARTA

Anak: Kalau TIGA?
Luqmanul Hakim: AGAMA, HARTA dan MALU

Anak: Kalau EMPAT?
Luqmanul Hakim: AGAMA, HARTA, MALU dan BUDI PEKERTI YANG BAIK

Anak: Kalau perangai itu LIMA?
Luqmanul Hakim: AGAMA, HARTA, MALU, BUDI PEKERTI YANG BAIK dan PEMURAH

Anak: Kalau ENAM?
Luqmanul Hakim: Wahai anak kesayanganku! Kalau lima perangai itu terkumpul pada seseorang manusia, maka ia adalah orang yang SUCI, TERPELIHARA atau TAKWA kepada Allah, dilindungi olehNya dan bebas daripada syaitan
------------------------------------------------------------------------------
Nasihat indah Luqmanul Hakim kepada anaknya

Hai Anakku!
Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan.
Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan ini dengan sampan bernama takwa; isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.

Orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah.
Orang yang insaf & sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan Allah.

Hai Anakku!
Orang yang merasa dirinya hina & rendah di dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia tawadhuk kepadaNya, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepadaNya.

Hai Anakku!
Seandainya orang tuamu marah kepadamu kerana kesalahanmu, maka marahnya orang tua itu adalah bagai baja bagi tanam-tanaman.

Jauhkan dirimu dari berhutang! Kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam.

Selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu untuk tidak menderhakai Allah; takutlah Allah dengan sebenar-benar takut.

Hai Anakku!
Seorang pendusta akan segera hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang. Orang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar.

Hai Anakku!
Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada itu semua bilamana engkau mempunyai tetangga yang jahat.

Hai Anakku!
Bukanlah suatu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan seorang yang mencari kayu api, setelah banyak terkumpul, ia tidak kuat memikulnya padahal ia masih terus menambahnya.

Hai Anakku!
Bila engkau ingin menemukan kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura sehingga membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahannya itu, dia masih berusaha menginsafkan atau menyedarkan kamu, maka bolehlah dia engkau ambil sebagai kawan. Bilamana tidak demikian, berhati-hatilah engkau terhadapnya.

Hai Anakku!
Bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Sebaliknya dia yang mengharapkan sesuatu daripadamu.

Hai Anakku!
Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk, kotor serta kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan kemanfaatan bagi orang lain.

Barangsiapa yang menyayangi pasti akan disayangi. Orang yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun.

Hai Anakku!
Bergaul rapatlah dengan orang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya hati menjadi sejuk apabila mendengar nasihatnya, hiduplah hati dengan cahaya hikmah bagaikan tanah yang subur disirami air hujan.

Hai Anakku!
Ambillah harta dunia sekadar keperluan dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekal akhiratmu. Jangan engkau menolak dunia kerana nanti engkau menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya jangan engkau peluk dunia dan meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.
-----------------------------------------------------------------------------
Wasiat Nabi Khidir a.s. kepada Nabi Musa a.s.

Jadilah kamu orang yang bermanfaat, bukan orang yang menimbulkan kerosakan.

Jadilah kamu orang peramah, bukan orang pemarah.

Kembalilah bersungguh-sungguh dan janganlah berjalan tanpa sesuatu keperluan.

Janganlah tertawa kecuali pada sesuatu yang menghairankan.

Hai Musa!
Sesungguhnya semua manusia di dunia ini adalah sengsara sesuai dengan cita-citanya. Semoga Allah memudahkan kepadamu untuk taat kepadaNya.

Wahai pencari ilmu!
Sesungguhnya orang yang berkata-kata lebih bosan dibandingkan dengan orang yang mendengar; janganlah kamu duduk bersamanya ketika berbincang-bincang.

Ketahuilah sesungguhnya hatimu ibarat bejana, maka lihatlah apa yang akan mengisi bejana itu.

Bersenang-senanglah kamu di dunia dan terlena kamu kerananya, maka sesungguhnya dunia bukanlah rumahmu dan bukan tempat abadimu. Jadikan dunia itu sebagai tempat menghambakan diri dan mencari bekal untuk hari akhir. Latihlah dirimu untuk bersabar dan ikhlaslah kamu dari dosa.

Wahai Musa!
Akan sampai kepadamu jikalau kamu menginginkannya, kerana sesungguhnya ilmu itu bagi orang yang menginginkannya.

Janganlah kamu menjadinya ilmu untuk berkata sesuatu tanpa tujuan, kerana sesungguhnya banyak berkata adalah dibenci dan tanda orang yang kurang akalnya.

Jadikanlah dirimu orang yang menyederhanakan kata, kerana itu sebahagian daripada taufiq kebenaran.

Berpalinglah kamu dari orang yang bodoh dan jangan berkawan dengannya. Bersabarlah terhadap orang yang bodoh itu; kerana itulah akhlak ahli hikmah. Apabila dimaki orang jahil, maka sabar dan diamlah; itulah yang paling baik.

Hai Anak Imran!
Janganlah kamu melihat sesungguhnya kamu diberi ilmu, kecuali hanya sedikit.

Wahai Anak Imran!
Janganlah kamu membuka pintu tanpa mengetahui bagaimana menutupnya dan menutupnya tanpa tahu cara membukanya.

Wahai Musa!
Belajarlah sesuatu untuk kamu amalkan. Dan janganlah kamu belajar ilmu hanya untuk bicara sahaja. Jadilah kamu takut akan hal itu.

Wahai Putera Imran!
Jadikan sifat zuhud dan takwa sebagai pakaianmu, ilmu dan zikir sebagai ucapanmu. Perbanyaklah berbuat kebaikan, kerana sesungguhnya hal itu akan menghapus keburukan.


Goncangkan hatimu dengan sifat takut, maka sesungguhnya perbuatan itu akan menjadikan redha Tuhanmu. 


Berbuatlah kebaikan kerana sesungguhnya hal itu tidak mungkin kamu lakukan dalam keadaan yang sama.


Wallahu a'lam...

07 October 2011

...rahmat Allah buat umat terbaik - umat Muhammad s.a.w...

bismillahirrahmanirrahim...

Mengenai rahmat Allah yang melingkupi segala sesuatu ditetapkanNya bagi orang-orang yang bertakwa, orang-orang yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada kalamullah (Al-Quran). Mereka adalah orang-orang yang mengikuti Rasul, Nabi yang ummi. Ini dijelaskan lagi melalui sebuah hadis Rasulullah s.a.w.:

Setelah Allah selesai menciptakan langit dan bumi, maka Dia menulis sebuah tulisan yang dipasang pada Arasy: Inna rahmatii taghlibu godhobii (Maksudnya: Sesungguhnya rahmatKu mengalahkan kemurkaanKu.)

Menurut firman Allah dalam Surah Ali Imran Ayat 110:
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Siapakah umat terbaik?
- Mereka yang bertakwa dan beriman kepada Allah; yang lebih baik adalah Ahli Kitab yang beriman (mereka yang memahami Al-Quran dan mengamalkannya).

Kenapa begitu ya?!!
- Kerana dengan memahami Al-Quran, barulah merasai apakah iman itu.

Telitikan Surah Asy-Syuura Ayat 52:
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu Al-Quran dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al-Kitab (Al-Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al-Quran itu cahaya yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.
----------------------------------------------------------------------------
Keistimewaan rahmat Allah buat umat terbaik dirakamkan menurut riwayat pembicaraan di antara Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T.

Dikatakan bahawa Nabi Musa a.s. berkata: "Wahai Tuhan, di dalam alwah (catatan Taurat), aku berjumpa dengan satu umat terbaik yang diutuskan untuk manusia. Mereka menganjurkan berbuat kebajikan dan mencegah kemungkaran. Wahai Tuhan, jadikanlah mereka itu sebagai umatku."

Allah menjawab: "Itulah umat Muhammad."

Nabi Musa a.s berkata: "Wahai Tuhan, di dalam alwah juga aku menjumpai sebuah umat yang lahir paling akhir, tetapi merekalah yang pertama akan masuk ke syurga. Jadikanlah mereka itu sebagai umatku."

Allah menjawab: "Itulah umat Muhammad."

Nabi Musa a.s. berkata: "Wahai Tuhan, aku menjumpai di dalam alwah suatu umat yang mana bacaan mereka meresap di dalam dada mereka. Padahal sebelum generasi mereka, orang-orang membaca kitabnya dengan penglihatan. Hingga apabila tulisan itu ditarik kembali, mereka tidak hafal sedikitpun dan tidak pula mengerti isinya. Sesungguhnya Allah memberi hafalan kepada mereka, yang sebelumnya tidak pernah diberi kepada suatu umatpun. Wahai Tuhan, jadikanlah mereka sebagai umatku."

Allah menjawab: "Itulah umat Muhammad."

Nabi Musa a.s. berkata: "Wahai Tuhan, kujumpai di dalam alwah suatu umat yang beriman terhadap kitab-kitab terdahulu dan kitab yang akhir diturunkan. Mereka gigih memerangi kesesatan hingga memerangi dajjal. Jadikanlah mereka sebagai umatku."

Allah menjawab: "Itulah umat Muhammad."

Nabi Musa a.s. berkata: "Wahai Tuhan, kujumpai di dalam alwah suatu umat di mana sedekah mereka dimakan sendiri tetapi mereka diberi pahala. Sedangkan umat sebelumnya, apabila mereka bersedekah lalu sedekahnya diterima, maka Allah mengirim api yang membakarnya (memakan). Tetapi kalau ditolak, sedekah itu dibiarkan saja lalu dimakan binatang buas atau burung. Sesungguhnya Allah mengambil sedekah mereka dari golongan orang kaya untuk kaum miskin di antara mereka. Wahai Allah, jadikanlah mereka sebagai umatku."

Allah menjawab: "Itulah umat Muhammad."

Nabi Musa a.s berkata: "Wahai Tuhan, di dalam alwah kujumpai suatu umat, apabila mereka berniat saja mengerjakan kebajikan, namun tidak jadi dikerjakan, maka niatnya dicatat sepuluh kali kebajikan hingga tujuh ratus kali. Wahai Tuhan, jadikanlah mereka sebagai umatku."

Allah menjawab: "Itulah umat Muhammad."

Nabi Musa a.s. berkata: "Wahai Tuhan, di dalam alwah aku jumpai suatu umat di mana mereka memperoleh syafaat dan diberi hak untuk mensyafaati. Jadikanlah mereka sebagai umatku."

Allah menjawab: "Itulah umat Muhammad."

Seraya dengan itu, Nabi Musa a.s. berkata: "Wahai Allah, jadikanlah aku termasuk umat Muhammad."

duhai sahabatku, sudahkah kita termasuk umat Muhammad s.a.w.?!!
insyaAllah...

wallahu a'lam...