30 September 2011

...kesempurnaan...

sempurna itu datangnya dengan memberikan yang terbaik
dan berserah kepada ketentuan Allah  
...konsep tawakkal...

kelemahan tawakkal adalah keinginan terhadap kesempurnaan


dalam hal duniawi, tempatkan diri di atas
dalam hal ukhrawi, tempatkan diri di bawah

...bersyukurlah dan sandarkan harapan terhadap rahmat Allah dengan memaafkan ketidaksempurnaan...
Surah Al-Maa'idah Ayat 3:
"...Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, 
dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, 
dan telah Kuredhai Islam itu jadi agama bagimu. 
Maka barangsiapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

wallahu a'lam

06 September 2011

...sejarah takbir raya...




Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar

Laa ilaha illallahu Allahuakbar
Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar

Allahuakbar walillah il hamd
Allah Maha Besar, dan segala puji bagi Allah

Allahuakbar kabiiraa
Allah Maha Besar sebesar-besarnya

Walhamdulillahi kasiiraa
Segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya

Wasubhanallahi bukraataw wa a siilaa
Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang

Laa ilaha illallahu wahdah
Tiada Tuhan selain Allah dengan keEsaanNya

Shadaqa wa'dah
Dia menepati janjiNya

Wanasoraa ab'dah
menolong hambaNya

Wa aa 'azza jundah
dan memuliakan bala tenteraNya

Wahazamal ahzaaba wahdah
serta melarikan musuh(Ahzab=tentera bersekutu) dengan keEsaanNya

Laa ilaha illallahu
Tiada Tuhan selain Allah

Walaa na'budu illaa iyyaahu mukhlisiina lahuddin
dan kami tidak menyembah selain kepadaNya dengan memurnikan agama Islam

Walau karihal kaafirun
Meskipun orang kafir benci

Walau karihal munaafiqun
Meskipun orang munafik benci

Walau karihal musyrikun
Meskipun orang musyrik benci

Laa ilaha illallahu Allahuakbar
Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar

Allahuakbar walillah il hamd
Allah Maha Besar, dan segala puji bagi Allah
--------------------------------------------------------------------
Punca Peperangan Khandak - Orang-orang Yahudi tidak berpuas hati dengan tindakan Rasulullah yang telah menghalau mereka dari Madinah ke Khaibar. Oleh itu, mereka telah menghasut dan meminta bantuan daripada golongan luar Madinah untuk menyerang Madinah.


Tentera Ahzab berjumlah seramai 10000 orang - 4000 orang Quraisy diketuai Abu Sufyan + 1000 orang Bani Ghothofan diketuai Uyainah bin Hishn + 5000 orang Bani yang lain (Bani Asyja', Bani Sulaim, Bani Asad, Bani Murrah)


Rasulullah s.a.w. mengetahui akan rancangan mereka, lalu memanggil sahabat bermesyuarat.


Seorang sahabat - Salman Al Farisi telah memberikan cadangan supaya menggunakan strategi membina parit (khandak).


Tentera Allah berjumlah seramai 3000 orang Muslimin telah membina parit dari kawasan Batu Timur hingga ke Batu Barat.


Perang Khandak telah meletus pada bulan Syawal tahun ke 5 Hijrah.


Akhirnya mereka telah bertembung (tentera Ahzab vs tentera Allah) namun dipisahkan oleh khandak (parit). Mereka hanya saling berbalas panah.


Ancaman Pertama - Beberapa orang musyrikin (Ahzab) telah memaksa kuda mereka melepasi parit tersebut. Namun, mereka (Ahzab) telah ditumpaskan oleh Saidina Ali.


Ancaman Kedua - Huyai bin Akhtob (ketua Yahudi Nadhir) telah diutus untuk menghasut mereka (Ahzab) agar menyerang Rasulullah. Rasulullah pula menghantar Zubair Al-Awwam bagi menyelidik akan berita tersebut. Menurut Zubair: "Mereka (Ahzab) dalam keadaan marah dan kejahatan dapat dilihat di raut muka. Mereka turut mencerca Nabi di hadapan saya." Lalu, Rasulullah menghantar 500 tentera Allah diketuai Zaid bin Harithah & Maslamah bin Aslam untuk menjaga Madinah.


Sebagaimana firman Allah s.w.t. - Surah Al-Ahzab: Ayat 10-11:
Yaitu ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatanmu dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam prasangka.


Di situlah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan hatinya dengan goncangan yang sangat.


serta pada Surah Al-Ahzab: Ayat 9:
Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah yang telah dikurniakan kepadamu ketika datang kepadamu tentera-tentera, lalu Kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan adalah Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.


Pertolongan dari Allah - Nu'aim bin Mas'ud Al-Asyja'ei telah mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Rasulullah s.a.w. Lalu, dia bersegera memperdaya dan memecah-belahkan antara bani-bani Ahzab. Pada malam hari pula, Allah mendatangkan angin kencang (taufan) yang telah menghancurkan banyak alatan musuh (Ahzab) dan mengucar-ngacirkan kedudukan mereka.


Akhirnya - kemenangan tentera Allah memerangi tentera Ahzab (kuffar) ini diraikan sebesar-besarnya dengan mengagungkan Allah dengan sebesar-besar lafaz Takbir Raya - ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!