13 March 2014

..LanJur mEnyeBaR..

AKU nyata.. KAMU di depan mata.. DIA melata.. KITA serupa.. KAMI bersama..

27 November 2013

...cinTajwid...

Isteriku, saat pertama kali berjumpa denganmu, aku bagaikan berjumpa dengan Saktah hanya bisa terpana dengan menahan nafas sebentar.

Aku di matamu mungkin bagaikan Nun Mati di antara idgham Billaghunnah, terlihat, tapi dianggap tak ada.

Aku ungkapkan maksud dan tujuan perasaanku seperti Idzhar,
jelas dan terang.

Jika Mim Mati bertemu Ba disebut Ikhfa' Syafawi, maka jika aku bertemu dirimu, itu disebut cinta.

Sejenak pandangan kita bertemu, lalu tiba-tiba semua itu seperti Idgham Muttamaatsilain melebur jadi satu.

Cintaku padamu seperti Mad Lazim ...
Paling panjang di antara yang lainnya...

Setelah kau terima cintaku, hatiku rasanya seperti Qalqalah Kubro..
terpantul-pantul dengan keras.

Dan akhirnya setelah lama kita bersama, cinta kita seperti Iqlab,
ditandai dengan dua hati yang menyatu.

Sayangku padamu seperti Mad Thobi'i dalam quran.
Baanyaaakkk....!!

Semoga dalam hubungan kita ini seperti Idgham Bilaghunnah,
cuma berdua, Lam dan Ro' .

Layaknya seperti Waqaf Mu'annaqah, hanya boleh berhenti di salah
satu
nya, kau atau aku?

Meskipun perhatianku terlihat sembunyi seperti Alif Lam Syamsiah, cintaku padamu seperti Alif Lam Qomariah, terbaca jelas.

Isteriku, kau dan aku seperti Idghom Mutajanisain.
perjumpaan 2 huruf yang sama makhrajnya tapi berlainan sifatnya.

Aku harap cinta kita seperti Waqaf Lazim, terhenti sempurna di akhir hayat.

Sama halnya dgn Mad 'Aridh di mana tiap mad bertemu Lin Sukun Aridh akan berhenti, seperti itulah pandanganku ketika melihatmu.

Layaknya huruf Tafkhim, namamu pun bercetak tebal di fikiranku

Seperti Hukum Imalah yg dikhususkan untuk Ro' saja, begitu juga aku yang hanya untukmu.

Semoga aku jadi yang terakhir untuk kamu seperti Mad Aridlilsukun.

14 November 2013

...adiL..

sabar mencari, syukur memberi
 
tiada paksaan dalam bersabar
 
tiada batasan dalam bersyukur

05 March 2013

...uLangtaNya...


kenapa aku diuji, ya Allah?
  • Surah Al-Ankabut, ayat 2-3 : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?  Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. 

kenapa aku tidak dapat apa yang aku idamkan, ya Allah?
  • Surah Al-Baqarah, ayat 216 : Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 

kenapa ujian seberat ini, ya Allah?
  • Surah Al-Baqarah, ayat 286 : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." 
kenapa aku rasa kecewa, ya Allah?
  • Surah Ali 'Imran, ayat 139 : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. 

bagaimana aku harus hadapi kesukaran ini, ya Allah?
  • Surah Al-Baqarah, ayat 145 : Dan sesungguhnya jika kamu mendatangkan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al-Kitab (Taurat dan Injil), semua ayat (keterangan), mereka tidak akan mengikuti kiblatmu, dan kamupun tidak akan mengikuti kiblat mereka, dan sebahagian merekapun tidak akan mengikuti kiblat sebahagian yang lain. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu -kalau begitu- termasuk golongan orang-orang yang zalim. 
kepada siapa aku berharap, ya Allah?
  • Surah At-Taubah, ayat 129 : Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy yang agung." 

apa yang aku dapat daripada ujian ini, ya Allah?
  • Surah At-Taubah, ayat 111 : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. 
aku tidak tahan dengan ujian ini, ya Allah
  • Surah Yunus, ayat 12 : Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.   

sampai bila aku harus merana, ya Allah?
  • Surah Al-Insyirah, ayat 5-6 : Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

23 October 2012

...salam AidilAdha 1433H...

Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasa'i daripada Anas dalam hadis yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri." 

31 July 2012

...al-iktiraf...




Ilaahi lastu lil Firdausi ahlan
Wahai Tuhan, ku tak layak ke Syurga-Mu

Walaa aqwaa ‘aalannaaril Jaahiimi
Namun tak pula aku sanggup ke Neraka-Mu

Fahabli taubatan waghfir dzunuubii
Ampunkan dosaku, Terimalah taubatku

Fa innaka ghoo firuudzzambil ‘adziimi
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Dzunuubii mitslu a’daadir rimaali
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai

Fahabli taubatan yaa dzal Jalaali
Terimalah taubatku Ya Tuhan Yang Maha Tinggi

Wa ‘umrii naaqishun fii kulli yaumi
Dan usiaku yang berkurang setiap hari

Wa dzambii zaa’idun kaaifah timali
Sementara dosa-dosaku bertambah setiap hari

Ilaahi ‘abdukal ‘aashi ataaka
Ya Tuhanku, hamba-Mu yang sering melakukan maksiat ini telah datang kepada-Mu

Muqirron bidzunuubii waqod da ‘aaka
Yang senantiasa berbuat dosa, dan sesungguhnya telah berdoa kepada-Mu

Fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun
Jika Kau berikan ampunan, maka itu adalah hak-Mu

Wa in tadrud faman narjuu siwaaka
Dan jika Kau tinggalkan, maka siapa lagi yang hendak kami harapkan

11 May 2012

...rahmat - solawatun nabi...

Sallallahu 'ala Muhammad
  • Selawat Allah ke atas Muhammad
Sallallahu 'alaihi wasallam
  • Selawat salam dipohon lagi
Sallallahu 'ala Muhammad
  • Selawat Allah ke atas Muhammad
Sallallahu 'alaihi wasallam
  • Selawat salam dipohon lagi
Ya Nabi salamun 'alaika
  • Wahai Nabi, salam atasmu
Ya Rasul salamun 'alaika
  • Wahai Rasul, salam atasmu
Ya habibu salamun 'alaika
  • Wahai kekasih, salam atasmu
Solawatullah 'alaika
  • Selawat Allah ke atasmu
Ashrokol badru 'alaina
  • Bulan purnama menyinari kita
Fahtafat minhul buduru
  • Hilang segala cahaya
Misla husnika ma roaina
  • Indah menawan tidak pernah dilihat
Kottu ya wajhas sururi
  • Wajah gembira sepanjang hayat
Anta syamsun anta badru
  • Kaulah matahari, kaulah bulan
Anta nurun fauko nuri
  • Kaulah cahaya mengatasi cahaya
Anta iksiruw wagholi
  • Kaulah rahsia hidup mulia
Anta misbahus suduri
  • Kaulah menyuluhi jiwa
Ya habibi Ya Muhammad
  • Wahai kekasihku, ya Muhammad
Ya 'arusal hofikoini
  • Wahai pendamping indah sejagat
Ya muayyad Ya mumajjad
  • Wahai Nabi dijulang dipuja
Ya imamal kiblataini
  • Wahai imam 2 kiblat
Marro a wajhaka yas 'ad
  • Bahagialah orang yang memandang wajahmu
Ya karimal walidaini
  • Wahai penghulu keturunan mulia
Haudhukas sofil mubarrad
  • Kolam airmu sejuk jernih
Wirduna yauman nushuri
  • Kunjungi kami pada hari akhirat
Ma roainal 'isa hannat
  • Sepanjang malam unta berjalan
Bissuro illa ilaika
  • Tiada berhenti rindukanmu
Wal ghomamat kot azollat
  • Engkau dipayungi awan putih
Walmala sollu 'alaika
  • Dan Malaikat turut berselawat
'Alimus sirri wa ahfa
  • Allah mengetahui rahsia sulit
Mustajibud da'awati
  • Dia-lah menyahut semua seruan
Robbi irhamna jami'a
  • Wahai Tuhan, rahmatilah kami
Bijami'is solihati
  • Dengan segala amalan soleh
Wa solatullah 'ala Ahmad
  • Selawat Allah ke atas Ahmad (Muhammad)
'Adda tahriris suturi
  • Sebanyak baris kertas ditulis
Ahmadul hadi Muhammad
  • Ahmad (Muhammad) petunjuk jalan
Sohibul wajhil munir
  • Empunya wajah berseri menawan
Sallallahu 'ala Muhammad
  • Selawat Allah ke atas Muhammad
Sallallahu 'alaihi wasallam
  • Selawat salam dipohon lagi
Sallallahu 'ala Muhammad
  • Selawat Allah ke atas Muhammad
Sallallahu 'alaihi wasallam
  • Selawat salam dipohon lagi
Allahumma solli wasallim wabarik 'alaika
  • Wahai Tuhan, selawat & salam & keberkatan atasnya

27 March 2012

...meRaK...

[31:18] - Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.

[2:87] - Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan Al-Kitab (Taurat) kepada Musa, dan Kami telah menyusulinya berturut-turut sesudah itu dengan rasul-rasul, dan telah Kami berikan bukti-bukti kebenaran mukjizat kepada Isa putera Maryam dan Kami memperkuatnya dengan Ruhul-Qudus. Apakah setiap datang kepadamu seorang rasul membawa sesuatu pelajaran yang tidak sesuai dengan keinginanmu lalu kamu angkuh; maka beberapa orang di antara mereka kamu dustakan dan beberapa orang yang lain kamu bunuh?

24 January 2012

...taQwa...

itu adalah manusia beserta apa yang dikerjakannya seizinNya...
------------------------------------------------------------
yang membezakan iman seseorang manusia adalah ketaqwaannya...
------------------------------------------------------------
apa yang dikerjakannya - apa?!! apa?!! kita pernah tanya tak?!!
makanya, kita tanyalah sekarang...
------------------------------------------------------------
WAJIB kita sebagai manusia tidak mengira asal, rupa, keturunan, bangsa, usia, warna kulit, status untuk mengerjakan Al-Quran dan Sunnah...sebab dengan begitu, kita takkan tersesat selamanya...rujuklah hadis wasiat di sebelah kanan...terime kasih :)
------------------------------------------------------------
Al-Quran itu petunjuk kita...Sunnah itu perjalanan kita...
------------------------------------------------------------
kita kenal Al-Quran, kita kenal iman, insyaAllah...
------------------------------------------------------------
kita yang beriman (yakin & percaya) dengan agama Islam adalah sama...yang membezakan: ayuhlah celikkan hati...mari kita rujuk apa yang kita kerjakan sama-sama...soalan kita: di manakah letaknya taqwa kita?!!

adakah kita baca Al-Quran?

adakah kita baca dan faham Al-Quran?

adakah kita baca dan faham dan laksanakan Al-Quran?

adakah kita baca Al-Quran dan menyampaikan agar orang lain baca Al-Quran?

adakah kita baca dan faham Al-Quran dan menyampaikan agar orang lain baca Al-Quran?

adakah kita baca dan faham dan laksanakan Al-Quran dan menyampaikan agar orang lain baca Al-Quran?

adakah kita baca dan faham Al-Quran dan menyampaikan agar orang lain baca dan faham Al-Quran?

adakah kita baca dan faham dan laksanakan Al-Quran dan menyampaikan agar orang lain baca dan faham Al-Quran?

adakah kita baca dan faham dan laksanakan Al-Quran dan menyampaikan agar orang lain baca dan faham dan laksanakan Al-Quran?

adakah kita baca dan faham dan laksanakan Al-Quran dan menyampaikan agar orang lain baca dan faham dan laksanakan Al-Quran dan menyampaikan agar orang lain baca dan faham dan laksanakan Al-Quran dan menyampaikan agar orang lain baca dan faham dan laksanakan Al-Quran dan menyampaikan agar...(kesimpulan di sini: sunnah Allah itu berterusan/berpanjangan) kata kuncinya - menyampaikan...

apa yang disampaikan?!!

kepentingan Al-Quran...

untuk dibaca sahajakah?

untuk dibaca dan difahamkan sahajakah?

untuk dibaca dan difaham dan dilaksanakan sahajakah?

untuk dibaca dan difaham dan dilaksanakan dan disampaikan sahajakah?

ayuhlah kembali kepadaNya, sama-sama kita berkongsi rahsia Al-Quran...
----------------------------------------------------------------
[6:125] - Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk memeluk agama Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman.

wallahu a'lam...