12 October 2011

...naSihat inDaH...

Perbualan Berharga Luqmanul Hakim dan anaknya

Anak: Wahai Ayah! Apakah perangai yang paling baik dari seorang manusia?
Luqmanul Hakim: AGAMA

Anak: Kalau perangai itu DUA?
Luqmanul Hakim: AGAMA dan HARTA

Anak: Kalau TIGA?
Luqmanul Hakim: AGAMA, HARTA dan MALU

Anak: Kalau EMPAT?
Luqmanul Hakim: AGAMA, HARTA, MALU dan BUDI PEKERTI YANG BAIK

Anak: Kalau perangai itu LIMA?
Luqmanul Hakim: AGAMA, HARTA, MALU, BUDI PEKERTI YANG BAIK dan PEMURAH

Anak: Kalau ENAM?
Luqmanul Hakim: Wahai anak kesayanganku! Kalau lima perangai itu terkumpul pada seseorang manusia, maka ia adalah orang yang SUCI, TERPELIHARA atau TAKWA kepada Allah, dilindungi olehNya dan bebas daripada syaitan
------------------------------------------------------------------------------
Nasihat indah Luqmanul Hakim kepada anaknya

Hai Anakku!
Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan.
Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan ini dengan sampan bernama takwa; isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.

Orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah.
Orang yang insaf & sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan Allah.

Hai Anakku!
Orang yang merasa dirinya hina & rendah di dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia tawadhuk kepadaNya, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepadaNya.

Hai Anakku!
Seandainya orang tuamu marah kepadamu kerana kesalahanmu, maka marahnya orang tua itu adalah bagai baja bagi tanam-tanaman.

Jauhkan dirimu dari berhutang! Kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam.

Selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu untuk tidak menderhakai Allah; takutlah Allah dengan sebenar-benar takut.

Hai Anakku!
Seorang pendusta akan segera hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang. Orang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar.

Hai Anakku!
Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada itu semua bilamana engkau mempunyai tetangga yang jahat.

Hai Anakku!
Bukanlah suatu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan seorang yang mencari kayu api, setelah banyak terkumpul, ia tidak kuat memikulnya padahal ia masih terus menambahnya.

Hai Anakku!
Bila engkau ingin menemukan kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura sehingga membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahannya itu, dia masih berusaha menginsafkan atau menyedarkan kamu, maka bolehlah dia engkau ambil sebagai kawan. Bilamana tidak demikian, berhati-hatilah engkau terhadapnya.

Hai Anakku!
Bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Sebaliknya dia yang mengharapkan sesuatu daripadamu.

Hai Anakku!
Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk, kotor serta kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan kemanfaatan bagi orang lain.

Barangsiapa yang menyayangi pasti akan disayangi. Orang yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun.

Hai Anakku!
Bergaul rapatlah dengan orang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya hati menjadi sejuk apabila mendengar nasihatnya, hiduplah hati dengan cahaya hikmah bagaikan tanah yang subur disirami air hujan.

Hai Anakku!
Ambillah harta dunia sekadar keperluan dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekal akhiratmu. Jangan engkau menolak dunia kerana nanti engkau menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya jangan engkau peluk dunia dan meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.
-----------------------------------------------------------------------------
Wasiat Nabi Khidir a.s. kepada Nabi Musa a.s.

Jadilah kamu orang yang bermanfaat, bukan orang yang menimbulkan kerosakan.

Jadilah kamu orang peramah, bukan orang pemarah.

Kembalilah bersungguh-sungguh dan janganlah berjalan tanpa sesuatu keperluan.

Janganlah tertawa kecuali pada sesuatu yang menghairankan.

Hai Musa!
Sesungguhnya semua manusia di dunia ini adalah sengsara sesuai dengan cita-citanya. Semoga Allah memudahkan kepadamu untuk taat kepadaNya.

Wahai pencari ilmu!
Sesungguhnya orang yang berkata-kata lebih bosan dibandingkan dengan orang yang mendengar; janganlah kamu duduk bersamanya ketika berbincang-bincang.

Ketahuilah sesungguhnya hatimu ibarat bejana, maka lihatlah apa yang akan mengisi bejana itu.

Bersenang-senanglah kamu di dunia dan terlena kamu kerananya, maka sesungguhnya dunia bukanlah rumahmu dan bukan tempat abadimu. Jadikan dunia itu sebagai tempat menghambakan diri dan mencari bekal untuk hari akhir. Latihlah dirimu untuk bersabar dan ikhlaslah kamu dari dosa.

Wahai Musa!
Akan sampai kepadamu jikalau kamu menginginkannya, kerana sesungguhnya ilmu itu bagi orang yang menginginkannya.

Janganlah kamu menjadinya ilmu untuk berkata sesuatu tanpa tujuan, kerana sesungguhnya banyak berkata adalah dibenci dan tanda orang yang kurang akalnya.

Jadikanlah dirimu orang yang menyederhanakan kata, kerana itu sebahagian daripada taufiq kebenaran.

Berpalinglah kamu dari orang yang bodoh dan jangan berkawan dengannya. Bersabarlah terhadap orang yang bodoh itu; kerana itulah akhlak ahli hikmah. Apabila dimaki orang jahil, maka sabar dan diamlah; itulah yang paling baik.

Hai Anak Imran!
Janganlah kamu melihat sesungguhnya kamu diberi ilmu, kecuali hanya sedikit.

Wahai Anak Imran!
Janganlah kamu membuka pintu tanpa mengetahui bagaimana menutupnya dan menutupnya tanpa tahu cara membukanya.

Wahai Musa!
Belajarlah sesuatu untuk kamu amalkan. Dan janganlah kamu belajar ilmu hanya untuk bicara sahaja. Jadilah kamu takut akan hal itu.

Wahai Putera Imran!
Jadikan sifat zuhud dan takwa sebagai pakaianmu, ilmu dan zikir sebagai ucapanmu. Perbanyaklah berbuat kebaikan, kerana sesungguhnya hal itu akan menghapus keburukan.


Goncangkan hatimu dengan sifat takut, maka sesungguhnya perbuatan itu akan menjadikan redha Tuhanmu. 


Berbuatlah kebaikan kerana sesungguhnya hal itu tidak mungkin kamu lakukan dalam keadaan yang sama.


Wallahu a'lam...

No comments:

Post a Comment