30 March 2011

...jujurnya Al-Quran...Allahuakbar...

ada apa-apa soalan? liza OK?

alhamdulillah...

kalau kita banyak baca Al-Quran, apa jadi?

tenteramlah hati...

ermm, kurang tepat...kalau kita banyak baca Al-Quran, mesti kita akan banyak bertanya sebab Al-Quran terkandung banyak rahsia yang kita tidak tahu...ingat-mengingatkan OK...

huu...terkedu liza mengakhiri sesi kelas semalam...ya Allah, liza lalai dan lupa lagi...
------------------------------------------------------------
bacalah...

"Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan tartil (perlahan-lahan)."
[Surah Al-Muzzammil: Ayat 4]


"Orang yang Kami berikan Kitab (Al-Quran) kepada mereka, sedangkan mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarbelitkan maksudnya), mereka itulah orang yang beriman kepadanya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang yang rugi."
[Surah Al-Baqarah: Ayat 121]


"Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang yang fasik."
[Surah Al-Baqarah: Ayat 99]
-------------------------------------------------------------
hebatnya penangan Al-Quran kat sini --> Kisah Dr Jeffrey Lang
-------------------------------------------------------------
bacalah lagi...dan perhatikanlah...

"Dan Rasul berkata,"Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini suatu yang ditinggalkan (tidak diamalkan).""
[Surah Al-Furqan: Ayat 30]


"Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu untuk menyusahkanmu."
[Surah Toha: Ayat 2]


"Sesiapa yang berpaling daripada Al-Quran, maka sesungguhnya dia pada Hari Kiamat akan menanggung beban yang berat (dosa yang besar)."
[Surah Toha: Ayat 100]
------------------------------------------------------------
ini pula kisah mengenai satu hadis Qudsi yang liza janji nak kongsikan dengan faiz serta sekalian sahabat...terpanggil menulis apabila membaca entri ini --> Qaidku yang comel :)

kisahnya begini:

pada suatu hari, adalah seorang hamba Allah ni telah ditimpa musibah...makanya, bermuhasabah dan bermunajatlah hamba Allah ini...dia menangis, menangis, menangis, merintih-rintih, berdoa terus berdoa moga dilepaskan daripada belenggu musibah tersebut...

permohonannya saban kali tidak juga dikabulkan Allah...

malaikat bersimpati terhadap hamba Allah ini seraya merayukan kepada Allah,"Ya Allah, hambaMu sifulan - sifulan, Kau telah timpakan musibah terhadapnya. Lantas ia merayu, menangis, merintih dan berdoa kepadaMu. Sungguh panjang tempoh rayuannya dan mengapa Engkau tidak mengabulkan permintaannya? Adakah Engkau murka padanya? Adakah Engkau benci padanya?"

jawab Allah s.w.t.,"Sama sekali Aku tidak murka padanya. Sama sekali Aku tidak benci padanya. Tetapi sengaja Aku panjangkan tempoh rayuannya, sengaja Aku panjangkan tempoh rintihannya. Kerana Aku rindukan suara rintihannya."

subhanallah...

"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya hanya kaum yang kafir sahaja yang berputus asa daripada rahmat Allah."
[Surah Yusuf: Ayat 87]

2 comments:

  1. huhu. alhamdulillah. thanks kak. semoga Allah membalas dgn yang lebih baik utk akak & keluarga, berkat akak mengingatkan kami kpdNya.

    ReplyDelete