12 February 2011

...proses akal...

proses akal itu berjalan dengan lengkapnya tiga unsur utamanya; iaitu pendengaran (petunjuk = hudan), penglihatan (penjelasan = bainat) dan pemikiran hati (pembeza 'haq' dan 'batil' = furqan)...
ini dijelaskan menurut firman Allah yang berikut:

"Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur." [Surah An-Nahl: Ayat 78]

setelah adanya kurniaan pancaindera daripada Allah itu tadi, haruslah pula disulami dengan mengambil sikap (dengan berusaha melakukan sesuatu) rentetan proses akal yang berjalan.

 "Sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakannya daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai." [Surah Al-'Araf: Ayat 179]

proses akal ini pernah diutarakan di sini --> bagaimanakah memfungsikan Al-Quran? tetapi kali ini, liza nak lanjutkan proses akal untuk kehidupan seharian kita pula...

analogi: kisah seorang remaja sedang melintas jalan disertai sebuah lori yang sedang mara dengan laju ke arah remaja terbabit...

senario 1: remaja sedang melintas jalan, lori sedang melaju , pemandu lori membunyikan hon (memberi pendengaran = petunjuk), remaja tidak menoleh (tiada penglihatan = tidak mendapat penjelasan), remaja itu ditimpa malang (kemungkinan mati)

senario 2: remaja sedang melintas jalan, lori sedang melaju, pemandu lori membunyikan hon (memberi pendengaran = petunjuk), remaja menoleh (dengan penglihatan = mendapat penjelasan), tetapi hati (akal fikiran) tidak pula membezakan perkara ini haq atau batil (tidak memutuskan sama ada lori dipandu laju - selamat atau tidak untuk melintas), remaja itu ditimpa malang (kemungkinan mati)

senario 3: remaja sedang melintas jalan, lori sedang melaju, pemandu lori membunyikan hon (memberi pendengaran = petunjuk), remaja menoleh (dengan penglihatan = mendapat penjelasan), dengan hati (akal fikiran), remaja itu memutuskan bahawa lori dipandu laju itu mengancam nyawanya (membezakan haq dan batil = furqan), tetapi remaja itu tidak mengambil sikap (tidak melakukan sesuatu untuk mencegah), remaja itu ditimpa malang (kemungkinan mati)

jelaslah di sini, proses akal membantu untuk mencapai kesejahteraan sekiranya didokong oleh tiga unsur utamanya: pendengaran, penglihatan serta hati...tidak boleh tidak ada kekurangan di antara mana-mana satu kerana semuanya saling bergantungan...

lebih-lebih lagi yang melibatkan kesaksian...rata-rata masyarakat kita cuma mendapat petunjuk (pendengaran menerusi khabar angin atau penceritaan)...tanpa penjelasan (tidak melihat kepada pembuktian dan kesaksian)...langsung terus membuat konklusi (membezakan haq dan batil mengikut kefahaman (hati) sendiri)...

masyaAllah....kembalilah kepada Allah...

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya." [Surah Al'Isra': Ayat 36]

8 comments:

  1. orang kate lembu bepegang pada tali nya... insan bepegang pada janji nyakannn... Janji kita dengan Allah... semoga2 kita mendpt kerdhaaan Nya....

    ReplyDelete
  2. hai liza.. salam.. apa beza nya takdir vs penggunaan akal yang berfungsi.

    ReplyDelete
  3. Wslm…saudara Hazual mungkin boleh cuba rujuk Surah Yusuf ayat 67:

    Dan Ya'qub berkata: "Hai anak-anakku janganlah kamu (bersama-sama) masuk dari satu pintu gerbang, dan masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlain-lain; namun demikian aku tiada dapat melepaskan kamu barang sedikitpun dari pada (takdir) Allah. Keputusan menetapkan (sesuatu) hanyalah hak Allah; kepada-Nya-lah aku bertawakkal dan hendaklah kepada-Nya saja orang-orang yang bertawakkal berserah diri."

    Proses akal merupakan pilihan – dalam membuat keputusan…Keputusan muktamad (takdir) adalah ketetapan Allah yang menghendaki kita bertawakkal kepadaNya…

    Cuba ambil pengajaran daripada kalam Allah tadi – Nabi Ya’qub mencadangkan penyelesaian kepada anak-anaknya – itu didapati dengan proses akal (mengaplikasikan pendengaran, penglihatan dan hati)…

    Kemudian, ketika melaksanakan segala sesuatu(ikhtiar/usaha) –dianjurkan pula bertawakkal (konsepnya, harus berusaha dulu kemudian berserah)…

    Akhirnya, setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah…Itulah takdir…Wallahu a’lam…

    ReplyDelete
  4. salam. terima kasih wahai saudari liza atas jawapan anda..sangat jelas dan sangat bermakna untuk saya.. satu soklan lg..:D

    Pencipta smart phone sebagai contoh, akan memberi tahu bagaimana cara penggunaan telefon nya DENGAN SEMPURNA melalui buku2 atau manual book.. customer yang membeli setelah dapat hp yang di beli
    1.Membaca terdahulu manual book sebelum memahami mendalami penggunaan hp itu walaupun manual tu dalam tulisan korea.
    2.Membaca sekali imbas dan terus menggunakan yang penting2 sahaja.
    3.Menggunakan hp itu terus dan mempelajari dari rakan2 yang lain cara menggunakannya.
    4.Sebagai hiasan dan menunjukkan dia pun ade smart phone..tapi guna yang basic je..pick up call and sms. nk baca mnual x reti bahsa english and korea.. ade bahasa melayu pun bahsa yang berat x leh nk paham.

    Situasi ini sama la dengan hubungan pencipta (Allah) dengan manusia. dan 4 situsasi itu sbagai contoh tindakan manusia untuk menjadi manusia yang sempurna disisi ALLAh... yang bijak mencari akan explore smpai dapat jawapan.. yang x bijak buat ape yang dia tahu sahaja.. bagai mana untuk membaca manual yang diturun kan ALLAH untuk menjadi manusia yang sempurna disisi NYA?

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...rasanya saudara Hazual sedang guna proses akal dengan mengutarakan senario penggunaan smartphone itu...

    hudan(petunjuk) - manual

    bainat (penjelasan kepada petunjuk) - senario (cara manusia guna manual - yang berbagai cara tu)

    furqan (pembeza haq dan batil) - inilah pilihan setelah rujuk hudan dan bainat tadi...

    makanya, jawapan pada encik Hazual sendiri...

    begitu juga Al-Quran...

    Al-Quran itu hudan (petunjuk)...

    bainat(penjelasan kepada petunjuk)untuk Al-Quran seluas langit dan bumi...

    furqan nya jatuh kepada manusia itu sendiri...

    OKlah...sikap manusia pulak Allah ada jelaskan dalam Surah Toha ayat 115

    Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat.

    Manusia ni mudah lupa dan tidak ada kemauan...
    Benarlah, di mana ada kemauan, di situ ada jalan...

    Al-Fatihah Ayat 6 : Tunjukilah kami jalan yang lurus.

    insyaAllah


    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...sahabat nata...terima kasih...alhamdulillah...sesungguhnya hamba yang mencari pasti ber'jalan' mencari...insyaAllah...al-fatihah [1:6-7]...hidayah mahupun sesat - urusanNya...ditunjukiNya kepada yg mencari dan yang kembali...[42:13]aamiinnn

      Delete
  7. Kejatuhan Islam secara total ialah pada 1924 oleh Turki. Kamal Attaturk. Dari situlah yahudi n nasrani tahu mcm mana nak 'game'kan Islam. Entertainments.

    Illuminati, Freemason, cina, India dll, kita boleh katakan kaum. Tapi agenda mereka utk tegakkan sistem mereka kits x tahu n tak akan tahu. Bila dilaksanakan baru kita tahu.


    Agama (bahasa Hindu) Bererti Sistem. Bagi pandangan hudan Banat furqan wajar diketahui n difungsikan n dlaksanakan. 2:185.

    Lihatlah dlm blog semua yg kondemkan ialah orang melayu yg so called Islam menjatuhkan agama (sistem) itu sendiri. Sebabnya kita di Malaysia berada dia Dalam comfort zone.

    Yahudi n nasrani paling relax skali. Kita bercakap utk di malaysia, X perlu susah susah nk jatuhkan islam sebab dorg Dah tahu org melayu yg so called Islam ini akan buat sistem Islam itu x akan tercapai.

    Tgk blog-blog dikatakan hudan Bainat furqan ini adalah sesat kerana menggunakan masalah2 sosial n Cuba nak bina negara Islam. Fikir dalam2 nabi Muhammad sebarkan Islam bukan utk negara Islam tapi 2/3 dunia oleh sistem Islam.

    ReplyDelete