bukanlah yang dikatakan seseorang menahan marah, apabila dia dianiaya dia tidak marah, sehinggalah apabila dia mampu membalas dia membalas,
tetapi yang dikatakan seseorang itu menahan marah, apabila dia dianiaya dia tahan marah, sehinggalah dia mampu membalas dia memaafkan...
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiap orang yang bersikap takbur, lagi membangga diri." [Surah Luqman: Ayat 18]
"Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa. Iaitu orang yang menafkahkan (mendermakan) hartanya pada masa senang dan susah, orang yang menahan kemarahannya dan orang yang memaafkan kesalahan orang. (Ingatlah) Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan." [Surah Ali 'Imran: Ayat 133 - 134]
27 January 2011
24 January 2011
...langit tinggi rendah...
berpijaklah pada bumi yang nyata...kita diciptakanNya daripada tanah...subhanallah...
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada sari pati tanah."
"Kemudian Kami jadikan sari pati itu air mani pada tempat yang kukuh (rahim ibu)."
"Kemudian air mani itu Kami jadikan ia segumpal darah (darah beku), lalu Kami jadikan darah beku itu seketul daging, kemudian Kami jadikan daging itu tulang-tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Kemudian Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta."
[Surah Al-Mukminun: Ayat 12-14]

10 January 2011
...berkat kesabaran...
bismillahirrahmanirrahim...
liza sering dikatakan terburu-buru...dan liza degil...
khilafnya hamba-Mu ini, ya Allah...
untuk itu, liza nak berbicara perihal sabar...
sabar ni banyak definisinya...
tenang itu sabar...
diam itu sabar...
liza tetap disalaherti dan liza menimbulkan keraguan serta liza membuahkan fitnah buat diri liza...
makanya, bersabarlah liza...
dalam setiap situasi, haruslah kita bersabar...sepertimana didasarkan kepada firman Allah s.w.t.,
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan teguhkanlah kesabaran kamu (dalam menghadapi orang kafir) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di perbatasan negeri kamu) serta bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." [Surah Ali 'Imran: Ayat 200]
menurut firman Allah s.w.t. lagi,
"Berapa ramai daripada Nabi-nabi (terdahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). (Ingatlah) Allah sentiasa mencintai orang yang sabar." [Surah Ali 'Imran: Ayat 146]
dapat disimpulkan di sini, sifat sabar itu adalah membenarkan dengan berusaha...liza senang sekali berkongsi namun kehebatan keluasan ilmu Allah itu haruslah penyampaiannya berhikmah...berpandukan Al-Quran dan Sunnah RasulNya...
"Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar." [Surah Al-Muddasir: Ayat 7]
sukalah liza maklumkan, pengisian blog ini hanya akan berkisar kepada bacaan umum untuk sama-sama difikirkan dan diambil iktibar...
"Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat (wahyu yang mengandungi perintah-perintah yang berat)." [Surah Al-Muzzammil: Ayat 5]
tanggungjawab sebagai khalifah Allah itulah perintah yang berat, merupakan ujian buat semua hamba Allah yang mencari keredhaanNya...moga sama-sama kita beroleh nur hidayahNya...insyaAllah...
"Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah jua paling mengetahui akan siapa yang sesat daripada jalanNya, dan Dialah jua paling mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk." [Surah Al-Qalam: Ayat 7]
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka daripada jalan yang benar, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka adalah orang yang mendapat hidayah." [Surah Al-Zukhruf: Ayat 37]
makin mendalami ilmu Allah, makin banyak rahsia keajaibanNya...terasnya adalah kesabaran liza dengan niat menyampaikan...seelok-eloknya secara hati ke hati...insyaAllah...dipermudahkanNya kalian dalam pencarian...
"Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu untuk menyusahkanmu." [Surah Toha: Ayat 2]
"Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedangkan (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." [Surah Qaf: Ayat 16]
cukup sampai di sini dahulu, liza mengalu-alukan sebarang keraguan untuk dijernihkan bersama-sama...ilmu daripada Allah Yang Maha Esa...alhamdulillah...
05 January 2011
...Yang Maha Penyayang...
lanjutan pengertian basmalah tempohari...
Ar-Rahim - sifat Allah: Yang Maha Penyayang berkesinambungan dengan sifatNya Yang Maha Pemurah (rujuk Ar-Rahman)...
kelangsungan daripada penghayatan kita sebagai hambaNya yang bersyukur dengan mentaati dan melakukan segala perintah-perintah Allah Yang Maha Pemurah, maka dengan sendirinya, insyaAllah disusuli sifatNya Yang Maha Penyayang...
Allah Yang Maha Pemurah tidak membeza-bezakan seluruh hambaNya...segenap lapisan mendapat rahmat ketetapan Yang Maha Pemurah...
kita ambil contoh termudah: iaitu masa...
masa adalah anugerah Allah, suatu ketetapan yang diberikan kepada seluruh hambaNya...betapa Yang Maha Pemurahnya Allah buat semua...
kita, sebagai hambaNya menggunakan masa (tempoh yang serupa) tetapi dalam kepelbagaian cara...
maka, dengan ini, barangsiapa hambaNya yang memanfaatkan masa diberikan Yang Maha Pemurah tadi sebaik-baiknya berlandaskan perintah Allah (berpandukan Al-Quran dan Sunnah RasulNya) akan merasalah pula kenikmatan sifat Yang Maha Penyayang...
hebatnya Ar-Rahim...Allahuakbar...inilah keadilan Allah s.w.t.
wallahu'allam...

...sejarah ringkas Nabi Muhammad s.a.w.(bahagian 5)...
- Nabi Muhammad s.a.w. menjalani peristiwa Isra' dan Mikraj -
Peristiwa Isra' dan Mikraj merupakan suatu bentuk perintah Allah s.w.t. buat Nabi Muhammad s.a.w. Ianya merupakan suatu perjalanan bermula dari Mekah menuju ke Baitul Maqdis (Palestin), terus naik ke langit ketujuh dan Sidratul Muntaha.
Di sanalah termaktubnya perintah langsung agar manusia mengerjakan solat lima waktu. Peristiwa ini telah berlaku pada waktu malam 27 Rejab tahun ke-11 kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.. sekaligus mengakibatkan orang kafir Quraisy menuduh baginda sebagai kurang waras.
- Pengislaman orang Yathrib -
Pada musim haji tahun ke-11 kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., berkunjunglah jemaah Khazraj yang berasal dari Yathrib ke Mekah. Perkara ini memberi peluang kepada Nabi Muhammad s.a.w. bertemu dengan mereka. Suku Khazraj ini tahu akan agama keTuhanan serta telah mendengarkan percakapan orang-orang Yahudi mengenai akan tibanya kedatangan Nabi dalam waktu terdekat.
Sejurus perjumpaan dengan Nabi Muhammad s.a.w., bertambahlah keyakinan hingga mereka beriman seramai 6 orang seluruhnya. Sekembalinya mereka ke Yathrib, ajaran Islam disebarkan kepada kaum kerabat di sana pula.
Pada musim haji tahun yang berikutnya, datang pula sekumpulan 12 orang lelaki beserta seorang wanita menemui Nabi Muhammad s.a.w. secara rahsia di Aqabah bertujuan mengadakan bai'at (perjanjian) atas dasar Islam.
Antara isi perjanjian termasuklah:
- berjanji tidak akan sekali-kali menyekutukan Allah s.w.t.
- berjanji tidak akan mencuri, berzina, membunuh anak-anak perempuan, memfitnah serta menderhaka kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Perjanjian ini dipanggil 'Bai'atul Aqubatil Ula' (Perjanjian Aqabah Pertama) yang juga digelar 'Bai'atun Nisa'a' (Perjanjian Wanita) disebabkan penyertaan seorang wanita yang bernama 'Afra binti 'Abid bin Tsa'labah ketika pertemuan tersebut berlangsung.
Selepas bai'at itu, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengirim Mush'ab bin Umair ke Yathrib untuk mengajarkan Al-Quran dan Islam. Islam mula diterima di Yathrib melainkan keluarga kecil orang Aus.
Pada musim haji tahun ke-13 kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., datang pula serombongan muslimin Yathrib yang mengajak Nabi Muhammad s.a.w. untuk bertemu di Aqabah pada hari Tasyriq secara sembunyi-sembunyi di malam hari. Rombongan ini terdiri daripada 73 orang lelaki bersama 2 orang wanita. Nabi Muhammad s.a.w. datang dengan ditemani bapa saudaranya Abbas (yang masih belum Islam ketika itu).
Abbas telah memulakan bicara untuk tidak menyerahkan Nabi Muhammad s.a.w. sekiranya akan diapa-apakan.
Sebaliknya, rombongan Khazraj ini mengalu-alukan Nabi Muhammad s.a.w..Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya telah membacakan Al-Quran dan mengambil perjanjian, di mana 12 orang wakil Aus dan Khazraj berdiri dan berjanji akan membela Nabi Muhammad s.a.w. dengan mengorbankan harta dan jiwa. Perjanjian ini dipanggil 'Bai'atul 'Aqabah Ats Tsaaniyah' (Perjanjian Aqabah Kedua).
- Hijrah ke Yathrib -
Perkembangan Islam di Yathrib telah memeranjatkan orang kafir Quraisy. Maka, sebahagian pemimpin Quraisy telah memutuskan untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w. di mana setiap suku telah diarahkan agar menghantar seorang pemuda pilihan. Ketika itu, turunlah perintah Allah s.w.t supaya Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Yathrib.
Perkara ini telah jelas dinyatakan oleh Allah s.w.t. menurut firmanNya:
"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat." [Surah Al-Anfal: Ayat 30]
Perintah hijrah ini telah disampaikan kepada pengetahuan Abu Bakar oleh Nabi Muhammad s.a.w..Lalu, Abu Bakar menyuarakan kesanggupan beliau untuk menemani Nabi Muhammad s.a.w..
Pada malam kejadian, pemuda-pemuda kafir Quraisy telah mengepung rumah Nabi Muhammad s.a.w..Pada masa yang sama, Nabi Muhammad s.a.w. berkemas-kemas dan meminta Ali bin Abi Thalib berbaring tidur di tempat baginda.
Secara diam-diam Nabi Muhammad s.a.w. keluar dari rumahnya dan didapati pemuda-pemuda kafir Quraisy yang mengepung tertidur lena. Nabi Muhammad s.a.w. melempar pasir seraya menuju ke rumah Abu Bakar.
Sesampainya di rumah Abu Bakar, mereka bersama-sama keluar mengikut pintu belakang lantas menaiki unta yang telah disediakan menuju ke sebuah gua yang terletak di Bukit Tsur untuk bersembunyi di situ.
Sementara itu, apabila menyedari tentang ketiadaan Nabi Muhammad s.a.w. di rumah baginda, pemuda-pemuda kafir Quraisy mulai panik dan mencari-cari. Mereka telah tiba ke pekarangan gua di Bukit Tsur itu tetapi telah dikaburi oleh sarang labah-labah yang seakan-akan sudah lama diperbuat pada jalan masuk di pintu gua.
Tiga hari lamanya Nabi Muhammad s.a.w. bersembunyi di dalam gua itu. Setelah merasakan keadaan agak aman, baginda meneruskan perjalanan bersama Abu Bakar dan seorang penunjuk jalan, iaitu Abdullah bin Uraiqit. Ali bin Abi Thalib datang untuk menyusul kemudian.
Menurut firman Allah s.w.t.,
"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad), maka sesungguhnya Allah telah pun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (Mekah) mengusirnya (dari negerinya: mekah) sewaktu dia menjadi salah seorang daripada dua (sahabat) yang berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya,"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita."Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Allah menjadikan seruan (syirik) orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) adalah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana." [Surah At-Taubah: Ayat 40]
- Yathrib menjadi Madinatun Nabiy -
Pada hari Isnin bersamman dengan 8 Rabiulawal tahun 1 Hijrah, Nabi Muhammad s.a.w. telah sampai ke Quba'. Setelah beristirehat selama 4 hari, Nabi Muhammad s.a.w. mula membina masjid yang dinamakan Masjid Quba' (masjid yang pertama).
Kemudian, pada hari Jumaat bersamaan dengan 12 Rabiulawal tahun 1 Hijrah atau 24 September 622M, tibalah Nabi Muhammad s.a.w. bersama rombongannya ke Yathrib dan disambut dengan meriah. Baginda kemudiannya menunaikan solat Jumaat yang pertama serta telah memberikan khutbah kepada kaum Muhajirin dan Ansar. Nama Yathrib kemudiannya ditukar kepada Madinah.
Di Kota Madinah inilah, Nabi Muhammad s.a.w. mula melakarkan siasah serta dasar-dasar Daulah Islamiyyah. Gerakan perjuangan baginda melibatkan dua segi iaitu untuk membina masyarakat Islam; serta memelihara dan mempertahankan Islam.

02 January 2011
...sejarah ringkas Nabi Muhammad s.a.w.(bahagian 4)...
-Menyiarkan ajaran Islam secara terang-terangan-
Selama hampir 3 tahun lamanya Nabi Muhammad s.a.w. bergerak secara 'da'watul afraad': gerakan masuk Islam seorang demi seorang secara senyap-senyap dari rumah ke rumah. Sehinggalah turunnya firman Allah yang bermaksud:
"Oleh itu, sampaikanlah secara terus-terang apa yang diperintahkan kepadamu dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu." [Surah Al-Hijr: Ayat 94]
Dakwah secara terang-terangan ini dimulakan dengan kerabat sendiri, kemudian diikuti dengan segenap lapisan masyarakat Mekah dan kemudiannya, kepada kabilah-kabilah yang mendatang (ketika tiba musim haji).
Maka dengan ini, ajaran Nabi Muhammad s.a.w. mula menjadi perhatian. Pada mulanya, gerakan Nabi Muhammad s.a.w. ini dianggap tidak berdasar. Oleh itu, ajarannya diambil secara acuh tak acuh dan dibiarkan pembawaannya.
Namun begitu, lama-kelamaan apabila pengikut-pengikut semakin bertambah, Nabi Muhammad s.a.w. semakin tegas dan lantang. Baginda mulai mengecam agama berhala pegangan nenek moyang.
Isu itu telah membangkitkan api kemarahan pembesar Quraisy. Sebahagian daripada mereka mula melancarkan permusuhan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikut-pengikutnya. Golongan rendah mulai diseksa secara luar perikemanusiaan. Walaubagaimanapun, Nabi Muhammad s.a.w. terus dilindungi Abi Thalib yang disegani.
Pada suatu hari, datanglah seorang wakil Quraisy menemui Abi Thalib dan meminta agar Nabi Muhammad s.a.w. menghentikan gerakan dakwahnya. Perkara ini ditolak Abi Thalib.
Abi Thalib kemudiannya menceritakan kejadian tersebut kepada Nabi Muhammad s.a.w. bilamana Nabi Muhammad s.a.w. menyatakan ketegasannya untuk meneruskan usaha dakwah baginda. Ketika itu juga, Nabi Muhammad s.a.w. telah menangis dan Abi Thalib berjanji akan tetap melindungi baginda walau apapun terjadi.
Sejurus selepas itu, Abi Thalib telah menghimpun dan mengingatkan Bani Hasyim dan Bani Muthalib agar memelihara semangat setia keluarga dengan tidak mengira status keIslaman (menerima ajaran Nabi Muhammad s.a.w.) ataupun masih kafir.
-Faktor-faktor yang mendorong kafir Quraisy menentang ajaran Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Muslimin-
1. Persaingan merebut kekuasaan

- Orang kafir Quraisy tidak dapat membezakan erti kenabian dan kekuasaan kerana menyangka bahawa tunduk kepada Nabi Muhammad s.a.w. bermakna tunduk kepada kekuasaan/pimpinan
2. Ajaran kesamaan hak/darjat dalam Islam
- Orang kafir Quraisy merasakan diri mereka adalah lebih mulia/tinggi sedangkan Islam menyamaratakan status semua hamba-hamba Allah s.w.t.
- Allah s.w.t. telah berfirman:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa antara kamu (bukan kerana keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." [Surah Al-Hujurat: Ayat 13]
3. Taklid kepada nenek moyang
- Menurut firman Allah s.w.t.:
"Apabila dikatakan kepada mereka,"Marilah mengikuti apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran) dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)." Mereka menjawab,"Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati (daripada agama dan kepercayaan) nenek moyang kami." Adakah (mereka akan mengikuti juga) sekalipun nenek moyang mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat petunjuk?" [Surah Al-Ma'idah: Ayat 104]
-Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)-
Apabila orang kafir Quraisy merasakan bahawa usaha mereka tidak berhasil di pihak Abi Thalib, mereka mula memperhebat seksaan. Oleh kerana Nabi Muhammad s.a.w. tidak tahan melihatkan penderitaan ini, baginda pun menyuruh para pengikutnya agar berhijrah ke Habsyah (kebanyakan penduduk beragama Kristian). Nabi Muhammad s.a.w. telah mengetahui bahawa raja Habsyah ketika itu (Najasyi) merupakan seorang yang adil.
Rombongan pertama ke Habsyah terdiri daripada 10 orang lelaki bersama 4 orang perempuan. Ini disusul pula dengan rombongan-rombongan lain sehingga mencecah hampir 100 orang. Peristiwa ini berlaku pada tahun kelima Nabi Muhammad s.a.w. diangkat menjadi RasulNya bersamaan dengan 615M.
Ketibaan rombongan pengikut Nabi Muhammad s.a.w. telah disambut baik di Habsyah. Perkara ini telah mengakibatkan orang kafir Quraisy berasa gelisah. Lantas, mereka mengutuskan 2 orang wakil untuk menghadap raja Habsyah iaitu Amru bin Ash dan Abdullah bin Rabiah yang telah meminta agar penduduk Mekah yang berhijrah dikembalikan. Usul ini ditolak oleh raja Habsyah.
Sementara itu, Nabi Muhammad s.a.w. yang masih berada di Mekah terus menyeru. Berkat rahmat Allah, pada saat genting tersebut, 2 orang pemimpin perkasa telah menyertai Islam dengan menurut ajaran Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Hamzah bin Abdul Muthalib dan Umar Al-Khattab.
-Pemboikotan terhadap Bani Hasyim dan Bani Muthalib-
Disebabkan ikatan kekeluargaan Nabi Muhammad s.a.w. yang sangat kuat, apapun yang diusahakan orang kafir Quraisy tidak berhasil. Mereka mula mengatur taktik baru.
Segala bentuk perhubungan diputuskan: ikatan perkahwinan, adat jual-beli, ziarah serta lain-lain.
Keputusan boikot ini telah ditulis atas kertas dan digantung pada kepala Kaabah.
Maka, Nabi Muhammad s.a.w. serta pengikutnya telah menyingkirkan diri ke luar kota Mekah selama 3 tahun menanggung derita kemiskinan dan kesengsaraan.
Di sebalik kejadian ini, masih terdapat pula segolongan kaum Quraisy yang bersimpati dan telah secara sembunyi-sembunyi menghantar makanan pada waktu malam hari (antaranya termasuklah Hisyam bin Amr). Tidak beberapa lama kemudian, boikot telah dihentikan secara rasminya dengan dikoyakkan kertas pengumuman.
-Nabi Muhammad s.a.w. mengalami tahun kesedihan-
Pada tahun ke-10 kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., Abi Thalib telah meninggal dunia ketika usianya 87 tahun. Ini diiringi pula dengan kematian isteri baginda, Siti Khadijah pada tahun yang sama. Tahun kesedihan ini dinamai 'Aamul Huzni': tahun kesedihan.
Rentetan itu telah membuatkan Nabi Muhammad s.a.w. merasakan bahawa Mekah sudah tidak sesuai untuk dijadikan pusat dakwah. Baginda mulai merancang untuk berdakwah ke luar kota Mekah.
Negeri yang dituju ketika itu adalah Thaif (kabilah Tsaqif). Ajakan Nabi Muhammad s.a.w. telah ditolak dengan kasar. Baginda telah diusir dan dilempar batu. Waktu itu, baginda telah berlindung di bawah pohon anggur milik kebun Utba dan Syaiba (anak Rabi'a).
27 December 2010
...sejarah ringkas Nabi Muhammad s.a.w.(bahagian 3)...
-Tugas Nabi Muhammad s.a.w.-
Selama hampir 2 1/2 tahun setelah penurunan wahyu pertama, barulah Nabi Muhammad menerima wahyuNya yang kedua.
Sementara menunggu wahyu kedua tadi, acapkali Nabi Muhammad s.a.w. berasa cemas dan khuatir akan putusnya kelangsungan wahyu tersebut. Namun, baginda tidak pernah berputus asa. Baginda terus bertahannuts dan menetapkan hati. Dalam pada itu, baginda turut memikirkan perihal ketamadunan sistem pemerintahan yang telah sedia ada di Kota Mekah.
Sehinggalah pada suatu hari, baginda nampak akan Malaikat Jibril a.s.. Ini menyebabkan badannya seram sejuk menggigil. Pulanglah Rasulullah s.a.w. untuk berselimut sementelah menerima wahyu kedua.
"Nun. Demi pena (kalam Allah) dan apa yang mereka tulis,
Engkau (wahai Muhammad) dengan berkat nikmat pemberian Tuhanmu bukanlah seorang gila (sebagaiman yang dituduh oleh kaum musyrik).
Sesungguhnya engkau pasti beroleh pahala yang amat besar yang tidak putus-putus.
Dan sesungguhnya engkau benar-benar mempunyai akhlak yang amat mulia.
Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat dan mereka juga akan melihat,
Siapakah sebenarnya yang gila antara kamu semua?
[Surah Al-Qalam: Ayat 1-7]
Wahyu kedua ini telah menaikkan semangat Nabi Muhammad s.a.w. untuk memulakan sesi menyiarkan agama Islam secara sembunyi-sembunyi. Maka, wujudlah golongan-golongan yang awal beriman - Siti Khadijah binti Khuwailid (isteri baginda), Ali bin Abi Thalib (sepupu baginda), Zaid bin Haritsah (seorang budak (hamba yang dibebaskan) yang akhirnya menjadi anak angkat baginda) serta Abu Bakar As-Siddiq (kawan karib baginda).
Melalui perantaraan Abu Bakar, adapun berimanlah - Uthman bin Affan, Zubair bin Awwam, Sa'ad bin Abi Waqqash, Abdurahman bin 'Auf, Thalhah bin 'Ubaidillah, Abu 'Ubaidillah bin Jarrah, Arqam bin Abil Arqam, Fatimah binti Khattab (adik Umar Al-Khattab) serta suami Fatimah, Said bin Zaid Al-'Adawi.
Mereka ini digelar: 'As-Saabiquunal awwaluun' - orang terdahulu yang pertama-tama mengenal Islam. Mereka beroleh pelajaran Islam secara langsung daripada Nabi Muhammad s.a.w. di rumah Arqam bin Abil Arqam.
entri ini terhenti di sini sekejap... insyaAllah, masih banyak lagi perkongsian termasuklah pemahaman tentang kronologi penurunan wahyu...liza akan kongsikan perlahan-lahan...liza pulang ke kampung hari ini untuk meraikan sepupu yang bakal berkahwin...sampai jumpa lagi...jihad fi sabilillah...
26 December 2010
...sejarah ringkas Nabi Muhammad s.a.w.(bahagian 2)...
-Akhlak Nabi Muhammad s.a.w. dari zaman kanak-kanak sehingga dewasa-
Nabi Muhammad s.a.w. telah diberi gelaran 'Al-Amin': orang yang dapat dipercayai.
Baginda tidak pernah menyembah berhala semenjak kecil dan tidak pernah makan daging yang disembelih sebagai korban berhala. Baginda mengelak sebarang bentuk keramaian dan upacara pemujaan.
Baginda berusaha sendiri mencari nafkah, kerana orang tuanya tidak meninggalkan harta warisan yang cukup.
Ketika berusia 37 tahun, baginda mula bertahannuts (tafakur) dalam mencari erti hidup dengan mendapatkan pemusatan jiwa di dalam sebuah gua kecil (Gua Hira') bertempat di Bukit Cahaya (Jabal Nur).
"Dan Dia mendapati engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayah (dengan wahyu - Al-Quran;" [Surah Ad-Dhuha: Ayat 7]
-Nabi Muhammad s.a.w. menjadi Rasul Allah-
Ketika menghampiri umur 40 tahun, Nabi Muhammad s.a.w. lebih kerap bertahannuts. Kadangkala, baginda bermimpi - mimpi yang benar (Arru'yaa ashshaadiqah).
"Demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran sebagai wahyu (roh yang menghidupkan hati) daripada perintah Kami. Engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu. Tetapi Kami jadikan Al-Quran sebagai cahaya yang menerangi, yang Kami beri petunjuk dengannya kepada sesiapa yang Kami kehendaki di kalangan hamba-hamba Kami. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) benar-benar memberi petunjuk (dengan Al-Quran itu) ke jalan yang lurus," [Surah As-Syuura: Ayat 52]
Pada 17 Ramadhan bersamaan dengan 6 Ogos 610 Masihi, turunlah Malaikat Jibril a.s. membawakan wahyu Allah s.w.t. yang pertama -
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan (sekalian makhluk).
Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah.
Bacalah. Tuhanmu Yang Maha Pemurah.
Yang mengajar manusia melalui perantaraan kalam (pena dan tulisan).
Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
[Surah Al-'Alaq: Ayat 1-5]
Menurut riwayat, Rasulullah s.a.w. telah disentap oleh Malaikat Jibril a.s. sebanyak tiga kali sehingga keluar keringat dan menggigil. Setelah menerima wahyu yang pertama ini, baginda bergegas pulang ke rumah dan minta diselimuti oleh isterinya, Siti Khadijah.
Isterinya yang bijaksana langsung tidak berasa khuatir, terus menenteramkan Nabi Muhammad s.a.w..Oleh kerana terlampau lelah, baginda tertidur.
Siti Khadijah kemudian bergegas menemui bapa saudaranya yang bernama Waraqah bin Naufal. Waraqah adalah seorang buta yang telah lanjut usianya. Dia tidak pernah menyembah berhala dan beragama Nasrani. Dia seorang yang berpendidikan, memahami tulisan Ibrany, telah belajar dan menyalinkan Kitab Taurat serta Injil ke dalam Bahasa Arab.
Sesudah selesai mendengarkan cerita daripada Siti Khadijah, Waraqah telah menyatakan kepastiannya bahawa memang Muhammad merupakan Rasul Allah sebab telah menerima 'namus akbar' (petunjuk Yang Maha Besar) sebagaimana yang pernah diterima oleh Nabi Musa a.s..
Setelah Nabi Muhammad s.a.w. kembali tenang, sekali lagi Siti Khadijah pergi menemui Waraqah. Kali ini, dibawanya sekali Nabi Muhammad s.a.w..Waraqah telah memberitahu kepada Nabi Muhammad s.a.w. bahawasanya akan ada suatu ketika di mana baginda bakal diusir kaumnya dalam perjuangan nanti. Lantas, Waraqah berjanji kepada Nabi Muhammad s.a.w. akan menolong sedaya upayanya sekiranya diberi kesempatan untuknya berada bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w. ketika itu nanti.
-Peranan Siti Khadijah di saat Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu-
Sebelum berkahwin dengan baginda Rasulullah s.a.w., Siti Khadijah binti Khuwailid telah menjanda sebanyak dua kali.
Suami pertama Siti Khadijah - 'Atieq bin 'Aabld al-Makhzumy. Suami pertamanya meninggal dunia dan mereka mempunyai seorang puteri bernama Hindun.
Suami kedua Siti Khadijah - Nabbasy bin Zurarah Attaimy. Suami keduanya turut meninggal dunia. Mereka mempunyai seorang puteri, yang juga bernama Hindun dan seorang putera bernama Halal.
Siti Khadijah sangat dihormati kerana dia sangat memelihara kesucian dan martabatnya sehingga digelar sebagai 'At-Thahirah'. Dia merupakan seorang janda yang kaya-raya serta dermawan.
Siti Khadijah sungguh-sungguh mengenali jiwa, peribadi serta akhlak Nabi Muhammad s.a.w..Dia memberikan kesempatan dan keleluasaan kehidupan berfikir yang tidak terbatas buat Nabi Muhammad s.a.w. di alam nafsani untuk mencari hakikat yang benar dan mutlak. Siti Khadijah sangat-sangat menyokong dan sentiasa mendorong semangat setiapkali Nabi Muhammad s.a.w. ragu akan kejadian mimpi yang menimpa beliau.
Apabila Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu yang pertama, Siti Khadijah menghibur dan meyakinkan hati. Dan ketika menerima wahyu kedua yakni, perintah untuk mulai bekerja dan memperjuangkan syiar agama Allah - Siti Khadijahlah wanita Islam pertama yang memeluk Islam tanpa ragu-ragu.Alhamdulillah...

...sejarah ringkas Nabi Muhammad s.a.w.(bahagian 1)...
-Sejarah Kota Mekah-
Kota Mekah merupakan garis lalu lintas perdagangan antara negeri Yaman (Arab Selatan) dan negeri Syam (Lautan Tengah). Di dalam Kota Mekah, terdapat rumah suci yang disebut 'Baitullah' atau Kaabah. Kaabah ini telah dibangunkan oleh Nabi Ibrahim a.s. bersama-sama puteranya Nabi Ismail a.s.
Nabi Ismail a.s. telah berkahwin dengan seorang wanita daripada suku Jurhum (Yaman). Lantas, mereka menetap secara turun-temurun di Kota Mekah lalu dikenali sebagai keturunan Adnaniyyun (Bani Ismail).
Pada suatu hari, empangan di Ma'rib telah pecah. Peristiwa ini menyebabkan kabilah-kabilah dari Arab Selatan berpindah ke Utara menuju Kota Mekah.
Antaranya termasuklah sebuah rombongan pimpinan Harits bin 'Amir (Bani Khuza'ah). Bani Khuza'ah ini telah mengalahkan Bani Ismail, seterusnya menjadi penguasa Kota Mekah.
Sewaktu dalam pemerintahan Bani Khuza'ah, Bani Ismail mula berkembang biak dan merantau ke negeri-negeri yang lain. Hanya suku Quraisy (daripada Bani Ismail) yang tetap tinggal di Kota Mekah.
Sehinggalah abad ke-5 Masihi, akhirnya seorang pemimpin suku Quraisy yang bernama Qushai berjaya merebut kuasa ke atas Kota Mekah. Qushai mengamalkan pemerintahan secara demokrasi dan membahagi-bahagikan kekuasaan kepada pemimpin-pemimpin Quraisy. Tempat bermusyawarah diwujudkan dan diberi nama 'Daarunnadwah'. Suku Quraisy turut diberi tugasan sebagai penjaga Kaabah.
-Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.-
Bayi itu dilahirkan seorang yatim, bapanya Abdullah meninggal 7 bulan sebelum kelahirannya. Kelahirannya telah disambut oleh datuknya, Abdul Muthalib yang segera membawanya ke kaki Kaabah lalu diberikan nama Muhammad (nama yang belum pernah ada).
Nabi Muhammad s.a.w. telah lahir ke dunia pada tanggal 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masihi. Tahun kelahirannya dikenali sebagai Tahun Gajah kerana pada tahun tersebut Kota Mekah telah diserang oleh tentera bergajah Nasrani di bawah pimpinan Abrahah. Allah telah menghancurkan bala tentera itu dengan kehadiran burung Ababil.
Ayah Nabi Muhammad s.a.w. - Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdumanaf bin Qushai bin Kilab bin Murrah
Ibu Nabi Muhammad s.a.w. - Aminah binti Wahab bin Abdumanaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah
Adalah menjadi kelaziman golongan bangsawan di Kota Mekah untuk menghantar bayi-bayi mereka kepada wanita-wanita badiyah (dusun di padang pasir) yang bertugas sebagai ibu susuan agar:

- bayi-bayi dapat menghirup hawa yang bersih
- bayi-bayi terhindar daripada penyakit-penyakit kota
- bayi-bayi berbicara bahasa yang murni dan fasih
Maka, Aminah menyerahkan Nabi Muhammad s.a.w. kepada seorang wanita dari Bani Sa'ad (suku Hawa'in) yang bernama Halimatus Saadiah untuk disusukan. Nabi Muhammad s.a.w. diasuh olehnya sehinggalah berusia 5 tahun.
-Kematian ibu dan datuk Nabi Muhammad s.a.w.-
Ketika berusia 6 tahun, Nabi Muhammad s.a.w. telah dibawa oleh ibunya ke Yathrib. Mereka ditemani Ummu Aiman yang merupakan hamba peninggalan ayah Nabi Muhammad s.a.w.
Tujuan mereka ke Yathrib adalah untuk memperkenalkan Nabi Muhammad s.a.w. kepada keluarga nenek baginda yang berketurunan Bani Najjar serta menziarahi makam ayah Nabi Muahmmad s.a.w.. Aminah telah menunjukkan tempat ayah baginda dirawat ketika sakit serta pusaranya. Mereka tinggal selama sebulan di Yathrib sebelum memutuskan untuk kembali ke Kota Mekah.
Di dalam perjalanan pulang, bertempat di Abwa', ibu Nabi Muhammad s.a.w. telah jatuh sakit sehingga meninggal dunia. Nabi Muhammad s.a.w. menjadi seorang yatim piatu.
Sekembalinya ke Kota Mekah, Nabi Muhammad s.a.w. telah dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Tidak berapa lama, ketika usia Nabi Muhammad s.a.w. menginjak 8 tahun, datuknya pula telah meninggal dunia.
Abdul Muthalib telah mewasiatkan agar Nabi Muhammad s.a.w. diasuh oleh bapa saudaranya, Abu Thalib.
-Pengalaman-pengalaman penting Nabi Muhammad s.a.w.-
Nabi Muhammad s.a.w. di zaman kanak-kanaknya mengambil upah menggembala kambing. Ini mengajarkan baginda erti kesabaran serta bertenang dalam membuat keputusan.
Sewaktu berusia 12 tahun, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengikuti bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan ke negeri Syam. Ketika di dalam perjalanan bertempat di Bushra, kafilah mereka telah bertemu dengan seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira. Buhaira telah nampak tanda kenabian pada Nabi Muhammad s.a.w. lalu disampaikan kepada Abu Thalib. Buhaira kemudian menyuruh Abu Thalib segera berpatah balik ke Mekah kerana khuatir kaum Yahudi akan mengapa-apakan Nabi Muhammad s.a.w.
Menginjak ke usia 15 tahun, telah berlaku satu peperangan di antara satu pihak (suku Quraisy dan Kinanah) melawan satu pihak lagi (suku Qais 'Ailan). Perang ini berlaku pada bulan Zulqaedah dan digelar 'Harbul Fijar' : perang yang memecahkan kesucian. Pada waktu itu, Nabi Muhammad s.a.w. bertugas membantu menyediakan keperluan perang.
Jenayah yang makin berleluasa telah menimbulkan keinsafan. Ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia 17 tahun, berkumpullah pemimpin-pemimpin suku Quraisy daripada Bani Hasyim, Bani Muthalib, Bani Asad bin 'Uzza, Bani Zuhrah bin Kilab serta Bani Tamim bin Murrah. Mereka telah mengangkat sumpah agar tidak boleh ada orang teraniaya di Kota Mekah. Sekiranya ada, haruslah dibela bersama-sama. Sumpah ini dinamakan 'Haifulfudhul' dan berlaku di rumah Abdullah bin Juda'an.
Setelah meningkat dewasa (awal 20-an), Nabi Muhammad s.a.w. terkenal seorang yang jujur, telah diambil bekerja untuk membawa barang dagangan seorang janda kaya (Siti Khadijah) ke negeri Syam. Baginda ditemani seorang pembantu bernama Maisarah.
Sekembali daripada Syam setelah beroleh keuntungan yang besar memperdagangkan 1000 kafilah, Nabi Muhammad s.a.w. telah mendapat lamaran. Maka, berkahwinlah beliau yang ketika itu berusia 25 tahun dengan Siti Khadijah yang berusia 40 tahun.
Nabi Muhammad s.a.w. bertambah terkenal apabila berjaya mendamaikan perselisihan di antara pemimpin-peminpin Quraisy dalam hal peletakan 'Hajarul Aswad' ke tempat asalnya. Baginda digelar 'Al-Amin': orang yang dipercaya dan dipilih menjadi hakim kerana baginda merupakan orang pertama yang datang ke Kaabah ketika peristiwa itu berlangsung.
Baginda telah menghamparkan sebidang kain, lalu diangkatkannya 'Hajarul Aswad' yang diletakkan di tengah-tengah hamparan tadi. Kemudian, pemimpin-pemimpin Quraisy telah diarahkan untuk memegang penjuru kain, sebelum 'Hajarul Aswad' diangkat bersama-sama ke tempat asalnya. Tiba di lokasi, Nabi Muhammad s.a.w.lah yang menempatkannya.
...bagaimanakah memfungsikan Al-Quran?!!
mari kita ingatkan kembali Rukun-rukun Iman...
Rukun-rukun Iman itu 6 perkara:
Rukun-rukun Iman itu 6 perkara:
- Yakin dan percaya kewujudan Allah s.w.t.
- Yakin dan percaya kepada para Malaikat
- Yakin dan percaya kepada para Rasul dan Nabi
- Yakin dan percaya kepada Kitab Allah (Al-Quran)
- Yakin dan percaya kepada Hari Kiamat
- Yakin dan percaya kepada Qada' dan Qadar Allah s.w.t.
jelas di sini, kesemua rukun-rukun ini ghaib melainkan rukun yang ke-4... Kitab Allah (Al-Quran) adalah mukjizatNya yang dapat didengar, dilihat dan difahami...
dengan memperoleh iman terhadap Kitab Allah (Al-Quran), lantas langsunglah kita dapat beramal dengannya...insyaAllah...
fitrah manusia di muka bumi - wajib berAl-Quran...
"Maka hadapkanlah wajahmu (mengikhlaskan dirimu) ke arah agama Allah - fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada agama Allah itu; itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." [Surah Ar-Rum: Ayat 30]

seperkara mengenai tidak mengetahui, menurut firman Allah s.w.t.,
"Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun, dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur." [Surah An-Nahl: ayat 78]
di sini, Allah menjelaskan ketetapan manusia yang tidak mengetahui...namun begitu, telah dijelaskan juga cara-cara untuk mengetahui melalui kurniaan pancaindera (pendengaran, penglihatan serta hati)...
apakah perkaitannya pancaindera ini dengan Kitab Al-Quran?
"Sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakannya daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai." [Surah Al-A'raf: Ayat 179]
lihatlah tafsiran di atas...ajaran dan nasihat terkandung lengkap dalam Al-Quran - bacalah dan dengarkan...kemudian, lihatlah sekeliling bukti keesaan Allah...dan fahami serta nilailah dengan hati akan kebenaran ayat-ayat Allah (Kitab Al-Quran)...
masih kurang yakin atau kurang jelas?!!
Al-Quran itu petunjuk...menurut firman Allah s.w.t.,
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan membezakan antara yang benar dengan yang salah." [Surah Al-Baqarah: Ayat 185 - sebahagian]
mengikut ayat ini, kita dapat simpulkan di dalam Al-Quran terdapat petunjuk yang harus dibaca lalu didengar (dengan pendengaran)...ajaran itu tadi, kita cari buktinya dengan melihat kewujudan petunjuk pada persekitaran (dengan penglihatan)...kemudian, kita bezakan pula kebenaran (haq) dan yang salah (batil) menurut penilaian hati - memahami ayat-ayat Allah (kembali kepada Al-Quran)...
"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya." [Surah Al-Isra': Ayat 36]
berulang-ulang kali Allah tunjukkan kepada kita kepentingan pendengaran, penglihatan serta hati...bersyukurlah dengan menggunakan pancaindera ini untuk mengenal dan berAl-Quran...itulah sebaik-baik cara...subhanallah...

Subscribe to:
Posts (Atom)