18 April 2011

...muhasabah hari kelahiranku...

"Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya;"
[Surah Al-Balad: Ayat 3]


"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur."
[Surah An-Nahl: Ayat 78]


"Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah."
[Surah Faatir: Ayat 11]


"(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
[Surah Ar-Ruum: Ayat 30]


"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik."
[Surah Ali-'Imran: Ayat 110]


"Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."
[Surah Al-An'aam: Ayat 162]


"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
[Surah At-Talaaq: Ayat 3]


"Dan bagi Allah jualah apa yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan cukuplah Allah sebagai Pengawal (yang mentadbirkan dan menguasai segala-galanya)."
[Surah An-Nisa': Ayat 132]

15 April 2011

...periHATI...

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa (hati) itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotori (hati)nya ."
[Surah Asy-Syams: Ayat 9-10]

Menurut Imam Ghazali: 3 elemen penting yang menjadikan hidup kita sempurna dan berjalan lancar adalah AKAL, HATI dan NAFSU...
--------------------------------------------------------------
HATI lah yang paling penting!
--------------------------------------------------------------
berHATI-HATI di jalan raya...

bukan berAKAL-AKAL di jalan raya...
bukan berNAFSU-NAFSU di jalan raya...
------------------------------------------------------------

baik betul HATInya...

bukan baik betul AKALnya...
bukan baik betul NAFSUnya...
-------------------------------------------------------------------
jahatnya HATI peragut itu...

bukan jahatnya AKAL peragut itu...
bukan jahatnya NAFSU peragut itu...
---------------------------------------------------------------
alangkah puasnya HATI...

bukan alangkah puasnya AKAL...
bukan alangkah puasnya NAFSU...

14 April 2011

...basar...

Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

"Siapa yang nak duit ini?".

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

"Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu."
  
Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
  
Lalu bertanya lagi,

"Siapa yang masih mahu duit ini?"

Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

"Baiklah," jawabnya,

"Apa jadinya bila saya melakukan ini?"

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?"

Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

"Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya."

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.

Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang menCINTAi anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, anda masih mempunyai nilai yang tersendiri.

Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang dipandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

...antara dua sujud...

Rabbighfirlii
Tuhanku, ampunilah aku
My Lord, forgive me

Warhamnii
Rahmatilah aku
Have mercy on me

Wajburnii
Cukupkanlah aku
Fulfill my needs

Warfaqnii
Angkatkanlah darjatku
Elevate me

Warzuknii
Berikanku rezeki
Provide for me

Wahdinii
Tunjukkanlah aku
Guide me

Wa'afinii
Sihatkanlah aku
Make me healthy

Wa'fu'annii
Dan maafkanlah aku
And forgive me

09 April 2011

jom kenal nama-nama Kalamullah :)

  • Al-Quran
Ini nama yang paling popular. Allah s.w.t. menyebutnya 58 kali.

Shahru Ramadhanallazi unzila fiihil Quraan...
Maksudnya: (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran...
[ Surah Al-Baqarah: Ayat 185]
  • Al-Kitab
Nama ini maksudnya wahyu yang tertulis - iaitu Al-Quran tertulis dalam mushaf dan hendaknya melekat dalam hati.

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Orang yang dalam hatinya tidak ada sedikitpun Al-Quran, bagaikan rumah yang rosak."

  • Al-Huda
Al-Huda bermaksud petunjuk.

Zaalikal kitaabu la roiba fiihi Hudal lilmuttakin
Maksudnya: Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.
[Surah Al-Baqarah: Ayat 2]
  • Rahmah
Ertinya rahmat, terutama bagi orang-orang yang beriman.

Wanunazzilu minal Quraani maa huwa shifaa uuwwa Rahmatul lilmukminin...
Maksudnya: Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman...
[Surah Al-Isra': Ayat 82]
  • Nur
Bererti cahaya penerang.

...kod jaa akum minallahi Nuuruwwa kitaabum mubiin.
Maksudnya: ...sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan.
[Surah Al-Ma'idah: Ayat 15]
  • Ruh
Ruh membawa maksud sebagai penggerak. Ruh menggerakkan jasad manusia.

Yunazzilul malaaikata bir Ruuhi min amrihi...
Maksudnya: Dia menurunkan para malaikat dengan membawa (wahyu) dengan perintahNya...
[Surah An-Nahl: Ayat 2]
  • Syifa'
Syifa' adalah penawar di mana Al-Quran merupakan penawar penyakit hati.

...waSyifaa uullimaa fiissuduuri...
Maksudnya:...dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada,
[Surah Yunus: Ayat 57]
  • Al-Haq
Al-Haq bererti kebenaran.

AlHaqqu mir robbika...
Maksudnya: Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu...
[Surah Al-Baqarah: Ayat 147]
  • Bayan
Maksud Bayan adalah penjelasan atau penerangan.

Haaza Bayaanul linnaasi...
Maksudnya: Al-Quran ini adalah penerangan bagi seluruh manusia...
[Surah Ali 'Imran: Ayat 138]
  • Mauidzah
Ertinya pelajaran dan nasihat.

...wa Mauidzhotul lilmuttakin.
Maksudnya:...serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.
[Surah Ali 'Imran: Ayat 138]
  • Zikir
Bererti yang mengingatkan.

Inna nahnu nazzalnaaz Zikro wa inna lahuu lahaafizuun.
Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.
[Surah Al-Hijr: Ayat 9]
  • Naba'
Maksud Naba' ialah berita.

Wayauma Nab'aasu fii kulli ummatin syahiidan 'alaihim min amfusihim...
Maksudnya: (Dan ingatlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka daripada mereka sendiri...
[Surah An-Nahl: Ayat 89]

30 March 2011

...jujurnya Al-Quran...Allahuakbar...

ada apa-apa soalan? liza OK?

alhamdulillah...

kalau kita banyak baca Al-Quran, apa jadi?

tenteramlah hati...

ermm, kurang tepat...kalau kita banyak baca Al-Quran, mesti kita akan banyak bertanya sebab Al-Quran terkandung banyak rahsia yang kita tidak tahu...ingat-mengingatkan OK...

huu...terkedu liza mengakhiri sesi kelas semalam...ya Allah, liza lalai dan lupa lagi...
------------------------------------------------------------
bacalah...

"Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan tartil (perlahan-lahan)."
[Surah Al-Muzzammil: Ayat 4]


"Orang yang Kami berikan Kitab (Al-Quran) kepada mereka, sedangkan mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarbelitkan maksudnya), mereka itulah orang yang beriman kepadanya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang yang rugi."
[Surah Al-Baqarah: Ayat 121]


"Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang yang fasik."
[Surah Al-Baqarah: Ayat 99]
-------------------------------------------------------------
hebatnya penangan Al-Quran kat sini --> Kisah Dr Jeffrey Lang
-------------------------------------------------------------
bacalah lagi...dan perhatikanlah...

"Dan Rasul berkata,"Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini suatu yang ditinggalkan (tidak diamalkan).""
[Surah Al-Furqan: Ayat 30]


"Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu untuk menyusahkanmu."
[Surah Toha: Ayat 2]


"Sesiapa yang berpaling daripada Al-Quran, maka sesungguhnya dia pada Hari Kiamat akan menanggung beban yang berat (dosa yang besar)."
[Surah Toha: Ayat 100]
------------------------------------------------------------
ini pula kisah mengenai satu hadis Qudsi yang liza janji nak kongsikan dengan faiz serta sekalian sahabat...terpanggil menulis apabila membaca entri ini --> Qaidku yang comel :)

kisahnya begini:

pada suatu hari, adalah seorang hamba Allah ni telah ditimpa musibah...makanya, bermuhasabah dan bermunajatlah hamba Allah ini...dia menangis, menangis, menangis, merintih-rintih, berdoa terus berdoa moga dilepaskan daripada belenggu musibah tersebut...

permohonannya saban kali tidak juga dikabulkan Allah...

malaikat bersimpati terhadap hamba Allah ini seraya merayukan kepada Allah,"Ya Allah, hambaMu sifulan - sifulan, Kau telah timpakan musibah terhadapnya. Lantas ia merayu, menangis, merintih dan berdoa kepadaMu. Sungguh panjang tempoh rayuannya dan mengapa Engkau tidak mengabulkan permintaannya? Adakah Engkau murka padanya? Adakah Engkau benci padanya?"

jawab Allah s.w.t.,"Sama sekali Aku tidak murka padanya. Sama sekali Aku tidak benci padanya. Tetapi sengaja Aku panjangkan tempoh rayuannya, sengaja Aku panjangkan tempoh rintihannya. Kerana Aku rindukan suara rintihannya."

subhanallah...

"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya hanya kaum yang kafir sahaja yang berputus asa daripada rahmat Allah."
[Surah Yusuf: Ayat 87]

...karakter surah-surah Makkiyyah & surah-surah Madaniyyah...

lanjutan daripada pengisian yang lalu...ayuh, kite mengenal Al-Quran lebih dalam lagi...insyaAllah...
----------------------------------------------------
karakter surah-surah Makkiyyah:
  • surah yang terdapat padanya tanda sajadah (diperintahkan sujud ketika membaca atau mendengar ayat tersebut dibaca)
  • surah yang terdapat padanya lafaz 'Kalla' (Jangan)
  • surah yang terdapat padanya lafaz 'Yaa ayyuhan nas' (Wahai sekalian manusia!)
  • surah yang mengisahkan tentang riwayat para nabi serta umat-umat terdahulu
  • surah yang mengisahkan tentang Nabi Adam, iblis yang selain surah Al-Baqarah
  • surah yang diawali dengan huruf-huruf tahji' seperti : Haa mim, Alif lam ro, Alif lam mim yang selain surah Al-Baqarah dan Surah Ali 'Imran
keistimewaan surah-surah Makkiyyah:
  • menyerukan tauhid dan pelaksanaan ibadah
  • menyebutkan tentang Kiamat, Syurga & Neraka, serta perdebatan terhadap kaum musyrik
  • memperlihatkan keburukan perbuatan kaum musyrik seperti menumpahkan darah, memakan harta anak-anak yatim, menguburkan hidup-hidup anak perempuan dll.
  • majoriti menampakkan kisah-kisah para Nabi serta pendustaan umat mereka terhadap diri mereka sendiri sebagai pengajaran, peringatan serta hiburan buat Rasulullah s.a.w.
----------------------------------------------------------------
karakter surah-surah Madaniyyah:
  • surah yang memuatkan tentang suatu kewajipan (faridhah) dan hukum hudud
  • surah yang terdapat padanya lafaz 'Yaa ayyuhallazi na amanu' (Wahai orang-orang yang beriman!)
  • surah yang menyebutkan tentang orang-orang munafik
  • surah yang memuatkan tentang perdebatan dengan ahli-ahli Kitab
keistimewaan surah-surah Madaniyyah:
  • menjelaskan tentang ibadah, muamalat, hudud, jihad, perang, aturan rumahtangga, kaedah-kaedah hukum dan wasilah perundangan
  • memaparkan dialog-dialog dengan ahli-ahli Kitab dan seruan masuk Islam
  • menyingkap tingkahlaku orang-orang munafik serta menjelaskan bahaya kewujudan mereka dalam institusi Islam

23 March 2011

...fabiayyi a laa ii robbi kuma tukazziban...

gambar-gambar berikut memaparkan pertembungan dua batang sungai bertempat di bahagian selatan bandar Cape Town, Afrika Selatan...

sebatang sungai rasa airnya tersangatlah manis, manakala yang sebatang lagi berlainan sekali - tersangatlah pahit rasa airnya...

namun, kedua-dua rasa air sungai ini tidak pernah bercampur...

tidak ada apapun yang memungkinkan untuk kedua-dua rasa air sungai tidak bercampur melainkan kedua-dua sungai tersebut hanyalah menurut ketetapan dan perintah Allah s.w.t....

subhanallah...



menurut firman-firman Allah:

"Dia membiarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, kemudian bertemu (pada pandangan mata); Di antara kedua-duanya ada batas yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?"
[Surah Ar-Rahman : Ayat 19-21]

09 March 2011

...kira-kira dalam Al-Quran...

mari belajar bilangan dalam Al-Quran...yeay...

pertama-tamanya Al-Quran itu merangkumi 30 juzuk kata-kata Allah sebanyak 6236 ayat dihimpunkan dalam 114 surah...Al-Quran merupakan mukjizat yang amat besar nilainya...subhanallah...

mukjizat Al-Quran anugerah Allah ini dapat dibuktikan dengan jelasnya oleh perkalian 19...

menurut firman Allah s.w.t.:

"Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat). (Ketahuilah bahawa hikmah) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (daripada kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmah) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menjadi ujian bagi orang yang kafir itu dan supaya orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang yang diberi Kitab dan orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan  itu); dan (sebaliknya) supaya orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya (ragu-ragu) dan orang kafir berkata,"Apakah yang dimaksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturanNya); dan memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturanNya). Tiada yang mengetahui bilangan tentera Tuhanmu melainkan Dia sahaja. (Ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia." [Surah Al-Muddasir: Ayat 30-31]

tidaklah berlebih atau berkurang pun satu huruf dari kata-kata yang terdapat dalam Al-Quran menurut perkalian 19 ini...

misalnya, perkataan Basmalah: daftar huruf-hurufnya adalah 19 huruf b(i)sm - All(a)h - ar - R(a)hm(a)n - al - R(a)him - ba sin mim alif lam lam ha alif lam ro ha mim nun alif  lam ro ha ya mim...

menakjubkan apabila kata ism diulang 19 kali, kata Allah adalah 2698 kali = 142 x 19, kata ar-Rahman sebanyak 57 kali = 3 x 19 manakala ar-Rahim pula sebanyak 114 kali = 6 x 19...subhanallah...

permulaan Surah Qaf iaitu huruf qaf ditemui berulang sebanyak 57 kali = 3 x 19...

huruf-huruf qaf, ha ya, 'ain, sod yang merupakan permulaan surah Maryam pula berulang sebanyak 798 kali = 42 x 19...

huruf nun iaitu permulaan surah al-Qalam ditemui sebanyak 133 kali = 7 x 19...

kedua-dua huruf ya dan huruf sin untuk surah Yaasin masing-masing ditemui sebanyak 285 kali = 15 x 19...

kedua-dua huruf to dan huruf ha untuk surah Toha pula masing-masing ditemui sebanyak 342 kali = 18 X 19...

serta kedua-dua huruf ha dan huruf mim yang terdapat pada keseluruhan surah yang dimulai dengan kalimat hamim adalah berulang sebanyak 2166  kali = 114 x 19...

seandainya berlaku penyelewengan dalam perkalian ini (sebagai contoh: ditukarkan kata), maka segeralah dapat dirujuk permasalahan itu...insyaAllah...
--------------------------------------------------------
114 surah yang terdapat dalam Al-Quran terbahagi kepada 3 kategori: surah-surah Makkiyyah, surah-surah Madaniyyah dan surah-surah yang diperselisihkan antara keduanya...

surah-surah Makkiyyah adalah sebanyak 82 surah: Al-An'am (Haiwan Ternakan), Al-A'raf (Tempat tinggi di antara Syurga & Neraka), Yunus, Hud, Yusuf, Ibrahim, Al-Hijr (Lembah Hijr di antara Madinah & Syam),  An-Nahl (Lebah), Al-Isra' (Perjalanan Malam), Al-Kahfi (Gua), Maryam, Toha, Al-Anbiya' (Para Nabi), Al-Hajj (Ibadah Haji), Al-Mukminun (Orang yang Beriman), Al-Furqan (Pembeza), Asy-Syu'ara' (Para Penyair), An-Naml (Semut), Al-Qasas (Kisah-kisah), Al-'Ankabut (Labah-labah), Ar-Rum (Bangsa Romawi), Luqman, As-Sajadah, Saba' (Kaum Saba' di Yaman), Fathir (Pencipta), Yaasin, As-Saffat (Rombongan yang Berbaris), Sad, Az-Zumar (Rombongan), Ghaafir (Maha Pengampun), Fussilat (Ayat-ayat yang Terperinci), Al-Syuura (Musyawarah), Al-Zukhruf (Perhiasan), Ad-Dukhan (Kabut), Al-Jaathiyah (Yang Berlutut), Al-Ahqaf (Bukit-bukit Pasir), Qaf, Ad-Dzariyat (Angin yang Menerbangkan), At-Tsur (Bukit Tsur), An-Najm (Bintang), Al-Qamar (Bulan), Al-Waqi'ah (Hari Kiamat), Al-Mulk (Kerajaan), Al-Qalam (Pena), Al-Haqqah (Hari Kiamat), Al-Ma'arij (Tempat-tempat Naik), Nuh, Al-Jinn (Jin), Al-Muzzammil (Orang yang Berselimut), Al-Muddasir (Orang yang Berselimut), Al-Qiyamah (Hari Kiamat), Al-Insan (Manusia), Al-Mursalat (Sesuatu yang Dikirim), An-Naba' (Berita Penting), An-Nazi'at (Para Pencabut), 'Abasa (Dia bermasam muka), At-Takwir (Penggulungan Matahari), Al-Infithar (Terbelahnya Langit),Al-Insyiqaq (Terbelahnya Langit), Al-Buruj (Gugusan Bintang), At-Thariq (Yang Dapat Dilihat pada Malam Hari), Al-A'la (Yang Maha Tinggi), Al-Ghasiyah (Hari Pembalasan), Al-Fajr (Fajar), Al-Balad (Kota), Asy-Syams (Matahari), Al-Lail (Malam), Ad-Dhuha (Waktu Dhuha), Al-Insyirah (Lapang Dada), At-Tin (Buah Tin), Al-'Alaq (Segumpal Darah), Al-'Adiyat (Kuda Perang yang Gagah Berlari), Al-Qaari'ah (Hari Kiamat), At-Takasur (Bermegah-megah), Al-'Asr (Masa), Al-Humazah (Pengumpat), Al-Fiil (Gajah), Quraisy (Bangsa Quraisy), Al-Ma'un (Kebajikan/Bantuan), Al-Kautsar (Nikmat yang Banyak), Al-Kaafirun (Orang Kafir), dan Al-Masad (Bernyala-nyala).

surah-surah Madaniyyah pula sebanyak 20 surah: Al-Baqarah (Lembu Betina), 'Ali Imran (Keluarga 'Imran), An-Nisa' (Wanita), Al-Ma'idah (Hidangan), Al-Anfal (Harta Rampasan Perang), At-Taubah (Pengampunan), An-Nur (Cahaya), Al-Ahzab (Kesatuan Pasukan), Muhammad, Al-Fath (Kemenangan), Al-Hujurat (Bilik-bilik), Al-Hadid (Besi), Al-Mujadalah (Wanita yang Membantah), Al-Hasyr (Pengusiran), Al-Mumtahanah (Wanita yang Diuji), Al-Jumuah (Hari Jumaat), Al-Munaafiqun (Orang Munafik), At-Thalaq (Talak), At-Tahrim (Pengharaman), dan An-Nasr (Pertolongan).

12 surah yang diperselisihkan: Al-Fatihah (Pembuka Al-Quran), Ar-R'ad (Guruh), Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah), As-Saff (Barisan), At-Taghabun (Hari Didedahkan Segala Kesalahan), Al-Mutaffifin (Orang yang Curang), Al-Qadar (Kemuliaan), Al-Bayyinah (Bukti yang Nyata), Al-Zalzalah (Goncangan), Al-Ikhlas (Kemurnian Keesaan Allah), Al-Falaq (Waktu Subuh), dan An-Nas (Manusia).
--------------------------------------------------------
baiklah, di kali lain insyaAllah liza kongsikan ciri-ciri dan kelebihan surah-surah Makkiyyah serta Madaniyyah ini...semoga beroleh manfaat mengenali Kalamullah :)

01 March 2011

...Islam & Iman...

Islam adalah agama Allah...

Islam adalah cara hidup yang sejahtera...

Islam bukanlah kata nama yang melabelkan seseorang...

Islam merupakan adjektif iaitu kata sifat yang mencerminkan perilaku ketaatan seseorang hamba melaksanakan perintah Tuhannya (Allah s.w.t.) bagi mencapai kesejahteraan hidup di atas muka bumi...

makanya, siapakah orang-orang Islam itu?

orang-orang Islam itu adalah golongan yang melaksanakan rukun-rukun Islam dengan dasar keimanan serta sokongan ilmu...

manakah yang timbul dahulu, Islamkah atau Imankah?!!

seharusnya, Imanlah yang terbit dahulu...

Iman adalah kekuatan tauhid...

dengan kewujudan Iman, yakni yakin dan percaya dalam kalbu (hati), mengakui dengan lisan (lidah) dan mengerjakan dengan amal perbuatan (ibadah), barulah mudah untuk menerima pengajaran Islam (agama Allah) yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. melalui petunjuk Al-Quran dan sunnah Rasulullah...

Imanlah titik tolak pencarian cahaya kebenaran bagi mencapai cara hidup sejahtera iaitu limpahan rahmat agama Allah, Islam...

Iman boleh dicapai berpandukan rukun-rukun Iman...

adalah jelas kesemuanya rukun-rukun Iman merupakan hal-hal yang ghaib melainkan kata-kata Allah, Al-Quran...

justeru itu, kembalilah kepadaNya...cintailah Al-Quran...

menurut firman Allah:
"Demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran sebagai wahyu (roh yang menghidupkan hati) daripada perintah Kami. Engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu. Tetapi Kami jadikan Al-Quran sebagai cahaya yang menerangi, yang Kami beri petunjuk dengannya kepada sesiapa yang Kami kehendaki di kalangan hamba-hamba Kami. Sesungguhnya Engkau (wahai Muhammad) benar-benar memberi petunjuk (dengan Al-Quran itu) ke jalan yang lurus."
[Surah Al-Syuura: Ayat 52]

menurut firman Allah lagi:
"Dengan (Al-Quran) itu, Allah menunjukkan kepada sesiapa yang mengikuti keredhaanNya, jalan-jalan keselamatan dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dengan izinNya serta membimbing mereka ke jalan yang lurus (agama Islam)." [Surah Al-Ma'idah: Ayat 16]

jelas di sini, dengan berAl-Quran, tahulah kita apakah Iman...

Iman adalah kurnia Allah yang paling besar...subhanallah...

sesungguhnya lahirnya keImanan berkat mendapat hidayah Allah akan memotivasikan seseorang untuk menuntut ilmu bagi menzahirkan keIslamannya...insyaAllah...

agama Allah, Islam pula didukung oleh rukun-rukun Islam...

pelaksanaan rukun-rukun Islam yang didasarkan keimanan akhirnya akan membawa kepada kejayaan merealisasikan kehidupan yang sejahtera...

dasar keImanan sesungguhnya terdapat dalam Al-Quran...ayuhlah beramal dengan ilmu...

sebahagian nas-nas Allah bagi setiap rukun Islam:

  • rukun Islam yang pertama - mengucap dua kalimah syahadah
"Sungguh, Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan laksanakanlah solat untuk mengingat Aku." [Surah Toha: Ayat 14]

  • rukun Islam yang kedua - mengerjakan solat lima waktu
"Bacalah kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya daripada ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." [Surah Al-Ankabut: Ayat 45]

  • rukun Islam yang ketiga - berpuasa pada bulan Ramadhan
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." [Surah Al-Baqarah: Ayat 183]

  • rukun Islam yang keempat - menginfakkan harta dengan pemberian zakat
"Ambillah zakat dari harta mereka, guna membersihkan dan menyucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doamuitu (menumbuhkan) ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui." [Surah At-Taubah: Ayat 103]

  • rukun Islam yang kelima - menunaikan haji ke Baitullah
"Di sana terdapat tanda-tanda yang jelas, (di antaranya) makam Ibrahim. Barangsiapa memasukinya (Baitullah) amanlah dia. Dan (di antara) kewajipan manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, iaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana. Barangsiapa mengingkari (kewajipan) haji, maka ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam." [Surah Ali 'Imran: Ayat 97]